Pisang batu, pisang benggala atau pisang klutuk (Musa balbisiana)[4][5] ialah spesies pisang liar asal di Asia Selatan. Ia merupakan satu daripada leluhur tanaman pisang moden bersama Musa acuminata. Ia hidup segar dalam rumpunan dan tumbuh dengan lebih tegak berbanding kebanyakan pisang yang ditanam. Bunganya tumbuh dalam jambak dari merah sehingga merah gelap. Buahnya antara biru dan hijau. Ia dianggap tidak boleh dimakan kerana biji benih yang banyak terdapat di dalamnya. Ia boleh dijangkakan bahawa pisang batu pernah dimasak dan dimakan, atau pisang tanaman moden tidak akan berkembang.[6]

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...
Pisang batu
Thumb
Pokok pisang liar.
Thumb
Buah pisang batu (Musa balbisiana), menunjukkan banyak biji benih.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Kommelinid
Order:
Keluarga:
Genus:
Seksyen:
Musa sek. Musa
Spesies:
M. balbisiana
Nama binomial
Musa balbisiana
Colla 1820
Thumb
Julat tempatan asal leluhur pisang makan moden: M. acuminata ditunjukkan pada yang hijau dan M. balbisiana pada yang jingga.[2]
Sinonim[3]
  • M. bakeri Hook.f.
  • M. brachycarpa Backer
  • M. dechangensis J.L.Liu & M.G.Liu
  • M. liukiuensis (Matsum.) Makino ex Kuroiwa
  • M. × paradisiaca var. granulosa G.Forst.
  • M. pruinosa (King ex Baker) Burkill
  • M. × sapientum var. pruinosa (King ex Baker) A.M.Cowan & Cowan
Tutup

Pisang batu berbiji dikenali sebagai "butuhan" ('dengan biji benih') di Filipina.[7] Klon partenokarpi semula jadinya wujud melalui poliploid dan menghasilkan pisang yang boleh dimakan. Contohnya ialah pisang saba liar.[8] Ia pertama kali digambarkan pada tahun 1820 oleh pakar botani Itali Luigi Aloysius Colla.[9]

Di Malaysia, batang pokok pisang batu diambil dan dimasak sebagai gulai.[10] Daun pisang batu pula digunakan di Thailand bagi membalut manisan tempatan dan bunganya bagi merawat ulser dalam perubatan tradisi.[11]

Dalam cerita rakyat Thailand, pokok pisang jenis ini dipercayai didiami oleh semangat, Nang Tani (Bahasa Thai: นางตานี), sejenis hantu berkait dengan pokok yang menampilkan dirinya sebagai gadis muda.[12] Orang sering kali mengikat kain satin berwarna pada batang pokok pisang batu sebagai penghormatan.[13]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.