![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/98/2024_Indian_General_Election_Result_Map.svg/langms-640px-2024_Indian_General_Election_Result_Map.svg.png&w=640&q=50)
Pilihan raya umum India 2024
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pilihan raya umum telah diadakan di India dari 19 April hingga 1 Jun 2024 dalam 7 fasa, untuk memilih kesemua 543 ahli Lok Sabha.[lower-alpha 1] Undian dikira dan keputusan diumumkan pada 4 Jun untuk membentuk Lok Sabha ke-18.[2][3] Pada 7 Jun 2024, Perdana Menteri Narendra Modi mengesahkan sokongan 293 ahli parlimen kepada Draupadi Murmu, Presiden India.[4] Ini menandakan penggal ketiga Modi sebagai perdana menteri dan kali pertama beliau mengetuai kerajaan campuran,[5] dengan Parti Telugu Desam Andhra Pradesh dan Janata Dal (Bersatu) Bihar muncul sebagai dua sekutu utama.[6][7][8]
![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Terdaftar | 968,821,926[1] (▲ 6.24%) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengundi hadir | 66.61% (▼ 0.79 pp) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Artikel ini adalah sebahagian daripada siri: | |||||||||||
Pilihan Raya
Parti-parti Politik
| |||||||||||
· Portal Politik Portal Kerajaan India |
Sebanyak 968 juta orang daripada populasi 1.4 bilion orang layak mengundi, bersamaan dengan 70% daripada jumlah penduduk.[9][10][11] 642 juta pengundi menyertai pilihan raya; 312 juta daripada ini adalah wanita, penyertaan tertinggi pernah dilakukan oleh pengundi wanita.[12][13] Ini adalah pilihan raya terbesar yang pernah sedia ada, mengatasi pilihan raya sebelumnya, dan berlangsung selama 44 hari, kedua selepas pilihan raya umum India 1951–52. Pilihan raya dewan undangan di negeri Andhra Pradesh, Arunachal Pradesh, Ordisha dan Sikkim diadakan serentak dengan pilihan raya umum, bersama-sama dengan pilihan raya kecil untuk 25 kawasan pilihan raya di 12 dewan undangan.
Penyandang perdana menteri Narendra Modi, yang menamatkan penggal kedua, bertanding untuk penggal ketiga berturut-turut. Parti Bharatiya Janata (BJP) telah memenangi majoriti mutlak dengan minimum sebanyak 272 kerusi dalam pilihan raya 2014 dan 2019. Pembangkang utama adalah Perikatan Inklusif Pembangunan Nasional India (INDIA), sebuah gabungan yang dibentuk pada tahun 2023 oleh Kongres Kebangsaan India (INC) dan banyak parti serantau. Pilihan raya itu dikritik kerana kekurangan tindakan terhadap ucapan kebencian oleh BJP,[14] melaporkan mesin mengundi elektronik (EVM) tidak berfungsi,[15][16] dan penindasan terhadap lawan politik BJP.[17]
Tinjauan pendapat terhadap saluran media arus perdana meramalkan kemenangan yang menentukan bagi BJP dan gabungannya, Perikatan Demokratik Kebangsaan (NDA). Bagaimanapun, BJP hanya memenangi 240 kerusi, merosot daripada 303 kerusi yang diperoleh pada tahun 2019, dan kehilangan majoriti tunggalnya di Lok Sabha, walaupun NDA secara keseluruhan memperoleh 293 kerusi daripada 543 kerusi dewan itu..[18] Gabungan INDIA mengatasi jangkaan, memperoleh 234 kerusi, 99 kerusi daripadanya dimenangi oleh Kongres, memperoleh parti itu status pembangkang rasmi buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun.[19][20][21] 7 calon bebas dan 10 calon daripada parti bukan bersekutu tururt memenangi kerusi di Lok Sabha.[22][23][24]