Presiden India ke-15 From Wikipedia, the free encyclopedia
Draupadi Murmu (née Puti Biranchi Tudu ;lahir 20 Jun 1958) ialah seorang ahli politik India dan Presiden India ke-15 yang terkini sejak 2022. Beliau ialah ahli Parti Bharatiya Janata. Beliau ialah individu pertama dari komuniti puak berjadual yang dipilih untuk menjadi presiden.
Droupadi Murmu ᱫᱨᱚᱣᱯᱚᱫᱤ ᱢᱩᱨᱢᱩ | |
---|---|
Presiden India ke-15 | |
Memegang jawatan 25 Julai 2022 | |
Perdana Menteri | Narendra Modi |
Naib Presiden | Venkaiah Naidu Jagdeep Dhankhar |
Didahului oleh | Ram Nath Kovind |
Gabenor Jharkhand ke-8 | |
Dalam jawatan 18 Mei 2015 – 12 Julai 2021 | |
Ketua Menteri | Raghubar Das Hemant Soren |
Didahului oleh | Syed Ahmed |
Digantikan oleh | Ramesh Bais |
Menteri Negeri bagi Perikanan dan Pembangunan Sumber Haiwan, Kerajaan Odisha | |
Dalam jawatan 6 Ogos 2002 – 16 Mei 2004 | |
Gabenor | M. M. Rajendran |
Ketua Menteri | Naveen Patnaik |
Menteri Negeri bagi Perdagangan dan Pengangkutan, Kerajaan Odisha | |
Dalam jawatan 6 Mac 2000 – 6 Ogos 2002 | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Odisha | |
Dalam jawatan 2000–2009 | |
Didahului oleh | Laxman Majhi |
Digantikan oleh | Shyam Charan Hansdah |
Kawasan pilihan raya | Rairangpur |
Butiran peribadi | |
Lahir | Puti Biranchi Tudu 20 Jun 1958 Uparbeda, Mayurbhanj, Odisha, India |
Parti politik | Parti Bharatiya Janata (BJP) |
Pasangan | Shyam Charan Murmu (k. m.2014) |
Anak-anak | 3 (2 meninggal dunia) |
Alma mater | Rama Devi Women's University |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Guru |
Murmu juga individu pertama dari Odisha dan wanita yang kedua selepas Pratibha Patil sebagai Presiden India. Beliau ialah individu termuda dan pertama dilahirkan selepas kemerdekaan India pada tahun 1947 untuk menjawat jawatan ini. Sebelum menjadi presiden, beliau berkhidmat sebagai Gabenor Jharkhand kelapan antara 2015 dan 2021 dan memegang pelbagai portfolio dalam kabinet Kerajaan Odisha antara 2000 dan 2004. Sebelum memasuki politik, beliau bekerja sebagai seorang pembantu rendah di Jabatan Pengairan dan Tenaga Negeri dari 1979 hingga 1983, dan kemudian sebagai guru di Pusat Pendidikan Integrasi Sri Aurobindo di Rairangpur hingga 1997.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.