Pilihan raya presiden telah diadakan di Ukraine pada 25 Mei 2014.[2] Pada asalnya, ia dijadualkan pada 29 Mac 2015 tetapi diubah kerana berlakunya revolusi di Ukraine yang bermula pada bulan Februari.[3][4][5] Pusingan kedua dan terakhir pilihan raya akan diadakan pada 15 Jun.[6] Presiden terpilih, Petro Poroshenko akan berkhidmat sebagai presiden selama lima tahun.[1]
Fakta Segera Calon, Parti ...
Pilihan raya presiden Ukraine 2014|
|
|
Presiden sebelum pilihan raya
Oleksandr Turchynov (pemangku)
Batkivshchyna |
Terpilih
Petro Poroshenko
Bebas |
|
Tutup
Pilihan raya ini diadakan ketika terjadinya pergolakan pro-Rusia, termasuklah pemberontakan pemisah di kawasan Donbas, timur Ukraine (di mana beberapa bandar-bandar berada di bawah kawalan angkatan tentera pro-Rusia).[7] Pengisytiharan sendiri Republik Rakyat Donetsk dan Republik Rakyat Lugansk telah berikrar bahawa mereka akan melakukan segala yang mungkin untuk mengganggu pilihan raya.[8] Ketika krisis Krimea, Ukraine kehilangan kuasa terhadap Krimea, di mana secara sepihaknya ia diilhakkan oleh Rusia pada bulan Mac 2014.[7][9][nb 1] Oleh itu, Krimea kehilangan hak untuk mengundi.
Pada 17 Mei 2014, Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Ukraine memberi amaran bahawa ia boleh menjadi mustahil untuk mengadakan pilihan raya di beberapa bahagian di Donbas dan ini akan menghalang dua juta penduduk di kawasan itu untuk menunaikan tanggungjawab mereka.[11][12][13] Jawatankuasa Pengundi Ukraine memberi amaran bahawa pada 23 Mei, 10% daripada para pengundi mungkin tidak dapat mengundi.[14] Secara keseluruhan, 36 juta rakyat Ukraine layak untuk mengundi.[11][8]