From Wikipedia, the free encyclopedia
Yulia Volodymyrivna Tymoshenko (Bahasa Ukraine: Юлія Володимирівна Тимошенко, pronounced [ˈjulijɑ ʋɔlɔˈdɪmɪriʋnɑ tɪmɔˈʃɛnkɔ]), née Grigyan[5][6] (Ukraine: Ґріґян, daripada nama keluarga Latvia "Grigan"),[7] lahir 27 November 1960, adalah seorang ahli politik Ukraine. Beliau pernah menjadi Perdana Menteri Ukraine dari 24 Januari hingga 8 September 2005, dan sekali lagi dari 18 Disember 2007 hingga 4 Mac 2010.[8][9] Beliau mendapat tempat ketiga dalam senarai 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia Forbes 2005.[10] Tymoshenko merupakan ketua parti Batkivschyna dan Blok Yulia Tymoshenko.
Yulia Tymoshenko Юлія Тимошенко | |
---|---|
Perdana Menteri Ukraine | |
Dalam jawatan 18 Disember 2007 – 4 Mac 2010 | |
Presiden | Viktor Yushchenko Viktor Yanukovych |
Didahului oleh | Viktor Yanukovych |
Digantikan oleh | Oleksandr Turchynov (Pemangku) |
Dalam jawatan 24 Januari 2005 – 8 September 2005 Memangku hingga 4 Februari 2005 | |
Presiden | Viktor Yushchenko |
Didahului oleh | Mykola Azarov (Pemangku) |
Digantikan oleh | Yuriy Yekhanurov |
Timbalan Perdana Menteri bagi Bahan Api dan Tenaga | |
Dalam jawatan 30 Disember 1999 – 19 Januari 2000 | |
Perdana Menteri | Viktor Yushchenko |
Didahului oleh | Aleksey Sheberstov (Tenaga)[1][2] |
Digantikan oleh | Ivan Plachkov[3] |
Butiran peribadi | |
Lahir | [4] Dnipropetrovsk, Kesatuan Soviet (kini Ukraine)[4] | 27 November 1960
Parti politik | Batkivschyna(1999–kini) Blok Yulia Tymoshenko (2001–kini) |
Sekutu gabungan politik lain | Hromada (Sebelum 1999) |
Pasangan | Oleksandr Tymoshenko (1979–kini) |
Anak-anak | Yevhenia (Eugenia) |
Alma mater | Universiti Perlombongan Kebangsaan Ukraine Universiti Kebangsaaan Dnipropetrovsk Universiti Ekonomi Kebangsaan Kiev |
Laman web rasmi | Tapak rasmi |
Yulia Tymoshenko adalah seorang ahli ekonomi dan akademik. Sebelum kerjaya politiknya, beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya walaupun berkontroversi dalam industri gas, menjadi antara jutawan terkaya di Ukraine. Sebelum menjadi Perdana Menteri wanita pertama Ukraine pada 2005,[11] Tymoshenko bersama-sama memimpin Revolusi Jingga.[12]
Tymoshenko bertanding sebagai calon dalam pilihan raya presiden Ukraine 2010,[13] namun tewas kepada Viktor Yanukovych (Tymoshenko mendapay 45.47% undi dalam pusingan kedua[14]). Pada mulanya Tymoshenko mencabar keputusan ini, mendakwa ada penipuan undi,[15][16] namun kemudian menarik balik rayuannya pada 20 Februari 2010 kerana merasakan mahkamah tidak berniat mencari kebenaran.[17]
Bermula Mei 2010, beberapa kes jenayah dibuka terhadap Tymoshenko. Pada 11 Oktober 2011, sebuah mahkamah Ukraine menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara kepada Tymoshenko selepas beliau didapati bersalah menyalahgunakan jawatannya semasa menjadi broker urus janji gas 2009 dengan Rusia.[18] Sabitan ini dilihat sebagai "keadilan dilaksanakan secara terpilih di bawah dorongan politik" oleh Kesatuan Eropah dan pertubuhan antarabangsa lain.[19]
Tymoshenko dibebaskan oleh kerajaan Yanukovych pada 22 Februari 2014, di hari-hari akhir "Revolusi Maidan", selepas satu semakan dibuat terhadap kanun jenayah Ukraine yang secara berkesan menyahjenayah tindakan yang membuatkan beliau dipenjarakan.[20][21] Tidak lama selepas pembebasannya, seorang sekutu Tymoshenko, Oleksandr Turchynov, dilantik sebagai presiden sementara Ukraine, menggantikan Yanukovych, yang melarikan diri dari ibu negara.[22]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.