From Wikipedia, the free encyclopedia
Pilih Kasih ialah sebuah pertandingan lakonan drama pentas teater yang dianjurkan oleh pelakon Rosyam Nor.[1] Pertandingan ini bertujuan untuk mengasah bakat lakonan tidak kira teater, muzikal, drama, filem, Monolog dan lain-lain lagi. Rancangan ini dihoskan oleh tiga orang pengacara iaitu Pasya Rahim yang mengacarakan diari pilih kasih dan gandingan dua pengacara hebat iaitu Raja Azura dan Reza Mohamed.[2][3]
Pilih Kasih | |
---|---|
Format | Rancangan televisyen realiti |
Pengarah | Rosyam Nor |
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 3 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 60-90 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV2 |
Siaran asal | Mei 2009 – Januari 2012 |
Pautan luar | |
[ Laman sesawang] |
Pilih Kasih diwujudkan bagi sebagai sebuah platform bagi melatih bakat-bakat baru menceburi bidang seni lakonan. Ia diterbitkan ekoran kesedaran untuk memberi peluang, ruang dan batu loncatan kepada rakyat Malaysia untuk mengasah bakat mereka dalam seni lakonan, tidak kira teater, muzikal, drama, filem, monolog dan sebagainya.[4]
Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah bekerjasama sebagai penerbit bersama sementara Telekom Malaysia selaku penaja utama. Kedudukan setiap peserta ditentukan menerusi undian SMS.
Berbanding musim pertama yang menampilkan 20 peserta, musim kedua[5] dan ketiga[6] Pilih Kasih mempunyai 16 peserta.
Pada 2012, Rosyam Nor mengumumkan bahawa musim ketiga Pilih Kasih merupakan yang terakhir.[7]
Musim | Juara | Naib Juara | Tempat Ketiga | Saguhati / Anugerah Khas | Peserta | Bilangan Peserta |
---|---|---|---|---|---|---|
Musim 1 |
|
|
|
Shania Zulkifli (Shania), Ray Redzuan (Ray), Ana Dahlia (Ana), Aris Yamin (Aris), Ayu Haizah (U.Haizah), Zara Suriana (Zara), Aman Sharoni (Aman), Ahdan (Ahdan), Emelie Hanif (Emelie), Khafie (Khafie), Fiona Benard (Fiona), Farah Azleenda Aziz (Zulin), Diwan Nawi (Diwan), Bea Rameshan (Bea), Sofian Bujang (Sofian) |
20 | |
Musim | Juara | Naib Juara | Tempat Ketiga | Saguhati / Anugerah Khas | Peserta | Bilangan Peserta |
---|---|---|---|---|---|---|
Musim 2 |
|
|
Bil Azali, Afiq Meadin, Bodt Sharade, Fizi Ali, Leyla Krisya, Shasha Al-Khred, Kris Cempaka, Nur Jannah, Lia Natalia, Rosana Ainudin, Raffamie Karama |
16 | ||
Musim | Juara | Naib Juara | Tempat Ketiga | Saguhati / Anugerah Khas | Peserta | Bilangan Peserta |
---|---|---|---|---|---|---|
Musim 3 |
|
|
Yizee Ariff, Ai Iqmal, Fareth Ajang, Saiful Nizen Ayob*, Heri Aszmo, Airil Reffa, Jalius Jaibin, Mieza Azura, Hiera Hasan, Theera Alias, Aada Zara, Naqia Nasution |
16 | ||
Rancangan realiti pencarian bakat serupa:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.