![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1f/Philae_over_a_comet_%2528crop%2529.jpg/640px-Philae_over_a_comet_%2528crop%2529.jpg&w=640&q=50)
Philae (kapal angkasa lepas)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Philae merupakan sebuah pendarat robotik Agensi Angkasa Eropah yang menemani kapal angkasa Rosetta[3] sehingga pendaratannya yang ditentukan di atas Komet 67P/Churyumov–Gerasimenko, lebih daripada 10 tahun selepas berangkat dari Bumi.[4][5][6] Pada 12 November 2014, pendarat ini melakukan pendaratan terkawal yang julung-julung kalinya di atas sesebuah nukleus komet.[7] Instrumen-instrumennya dijangka memperoleh gambar-gambar pertama daripada permukaan komet dan melakukan analisis in situ yang julung-julung kalinya untuk menentukan komposisinya.[8] Pendarat ini dinamai sempena Pulau Philae (Filah) di Sungai Nil, di mana terjumpa dan terpakainya sebuah obelisk di samping Batu Rosetta untuk mentafsirkan hieroglif Mesir.
Fakta Segera Jenis misi, Pengoperasi ...
![]() Ilustrasi Philae yang menghampiri komet | |
Jenis misi | Pendarat komet |
---|---|
Pengoperasi | Agensi Angkasa Eropah |
COSPAR ID | PHILAE |
Tapak web | www |
Jangka masa misi | 1–6 minggu (dirancang) |
Ciri kapal angkasa lepas | |
Berat berlepas | 100 kg (220 lb)[1] |
Berat muatan | 21 kg (46 lb)[1] |
Dimensi | 1 × 1 × 0.8 m (3.3 × 3.3 × 2.6 ka)[1] |
Kuasa | 32 watt pada 3 AU[2] |
Permulaan misi | |
Tarikh pelancaran | 2 March 2004, 07:17 (2004-03-02UTC07:17Z) UTC |
Roket | Ariane 5G+ V-158 |
Tapak pelancaran | Kourou ELA-3 |
Kontraktor | Arianespace |
Pendarat 67P/Churyumov–Gerasimenko | |
Tarikh pendaratan | 12 November 2014 15:35 UTC |
Peralatan | |
APX Alpha: Alpha Particle X-ray Spectrometer ÇIVA: Comet nucleus Infrared and Visible Analyzer CONSERT COmet Nucleus Sounding Experiment by Radiowave Transmission COSAC: COmetary SAmpling and Composition MUPUS: Multi-Purpose Sensors for Surface and Subsurface Science PTOLEMY: gas chromatograph and medium resolution mass spectrometer ROLIS: ROsetta Lander Imaging System ROMAP: ROsetta lander MAgnetometer and Plasma monitor SD2: Sample and Distribution Device SESAME: Surface Electric Sounding and Acoustic Monitoring Experiment |
Tutup