From Wikipedia, the free encyclopedia
Komet Churyumov–Gerasimenko, secara rasmi ditandai 67P/Churyumov–Gerasimenko, ialah sebuah komet dengan kala orbit 6.45 tahun[1] dan kala putaran hampir-hampir 12.7 jam.[4] Komet ini akan datang seterusnya kepada perihelion (pendekatan terdekat dengan matahari) pada 13 Ogos 2015.[5][6][7] Seperti semua komet, komet ini dinamai sempena penemunya, Klim Ivanovych Churyumov dan Svetlana Ivanovna Gerasimenko, yang pertama kali mencerapnya pada plat fotograf pada 1969.
Penemuan | |
---|---|
Ditemui oleh | Klim Ivanovych Churyumov Svetlana Ivanovna Gerasimenko |
Designasi | |
Nama alternatif | Templat:J, Templat:J, 1969h, Templat:J, Templat:J, 1975i, Templat:J, 1982f, Templat:J, 1988i[1] |
Ciri-ciri orbit | |
Epok 20 Disember 2013 (JD 2456646.5) | |
Afelion | 5.6839 AU (850,300,000 km) |
Perihelion | 1.2429 AU (185,940,000 km) |
Paksi semimajor | 3.4634 AU (518,120,000 km) |
Kesipian | 0.64113 |
Tempoh orbit | 6.45 yr |
Kecondongan | 7.0418° |
Ciri-ciri fizikal | |
Dimensi | 3.5×4 km (2.2×2.5 bt) |
Jisim | anggaran 3.14×1012 kg[2] pasti akan berubah[3] |
Min ketumpatan | 102±9 kg/m³[2] |
Halaju lepas | 0.46 m/s (1.5 ft/s) |
Tempoh putaran | 12.7 jam |
sunting |
Churyumov-Gerasimenko ialah destinasi misi Rosetta Agensi Angkasa Eropah, dilancarkan pada 2 Mac 2004.[8][9][10] Pesawat angkasa Rosetta berendezvous dengan komet ini pada 6 Ogos 2014, dengan rancangan untuk memasuki orbit selepas mendekat hingga sekitar 30 km (19 bt) pada lima minggu kemudian.[11][12][13] Rosetta akan mengkaji komet ini dan mengenal pasti tapak pendaratan sesuai untuk pendaratnya, Philae; pendaratannya dijadualkan untuk November 2014.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.