![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/86/PewDiePie_at_PAX_2015_crop.jpg/640px-PewDiePie_at_PAX_2015_crop.jpg&w=640&q=50)
PewDiePie lwn T-Series
From Wikipedia, the free encyclopedia
PewDiePie lwn T-Series merupakan suatu persaingan yang dilangsungkan antara dua saluran YouTube, PewDiePie (yang dijalankan oleh Felix Kjellberg) dan syarikat rekod India T-Series (dijalankan oleh syarikat yang dimiliki oleh Krishan Kumar), untuk gelaran saluran paling banyak dilanggan[note 1] di laman web perkongsian video. T-Series telah memegang gelaran saluran paling banyak dilihat sejak awal tahun 2017, dan PewDiePie telah menjadi saluran yang paling banyak dilanggan sejak tahun 2013. T-Series telah mengatasi PewDiePie buat sementara waktu pada beberapa kali pada 2019, dan pada 27 Mac, mereka menjadi saluran yang paling langganan selama 5 hari yang lama sebelum PewDiePie mengambil semula tampuk teratas.[1]
Kabanyakan YouTuber, paling ketara MrBeast, telah menyuarakan sokongan mereka untuk PewDiePie, dan banyak peminat PewDiePie telah berusaha untuk mendapatkan pelanggan salurannya. YouTuber lain seperti CarryMinati dan Jus Reign telah menyuarakan sokongan mereka untuk T-Series.
Aktivis penyokong PewDiePie telah melampaui persaingan itu sendiri; dengan peretasan laman web, akaun media sosial, peranti peribadi, dan penciptaan malware telah berlaku untuk memberitahu pengguna untuk melanggan salurannya.