From Wikipedia, the free encyclopedia
Petr Čech (lahir 20 Mei 1982) merupakan pemain bola sepak profesional Republik Czech yang bermain di posisi penjaga gol untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Republik Czech. Antara bekas kelab Cech ialah Chmel Blšany, Sparta Prague, Rennes dan Chelsea. Beliau merupakan pemain kedua memiliki kaps terbanyak untuk pasukan Republik Czech iaitu sebanyak 114 kaps. Selain itu, beliau turut mewakili pasukan Republik Czech ke Piala Dunia FIFA 2006, UEFA Euro 2004, UEFA Euro 2008 dan UEFA Euro 2012. Oleh itu, tidak hairanlah Cech turut memenangi beberapa anugerah individu antaranya Penjaga Gol Terbaik Liga Juara-Juara 2004-05, 2006-07 dan 2007-08. Beliau merupakan salah satu pemain terbaik dan dihormati pada era beliau.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Petr Čech[1] | ||
Tarikh lahir | 20 Mei 1982 | ||
Tempat lahir | Plzeň, Czechoslovakia | ||
Ketinggian | 1.96 m (6 ka 5 in)[2] | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Arsenal | ||
Nombor | 33 | ||
Kerjaya remaja | |||
1989–1999 | Viktoria Plzeň | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1999–2001 | Chmel Blšany | 27 | (0) |
2001–2002 | Sparta Prague | 27 | (0) |
2002–2004 | Rennes | 70 | (0) |
2004–2015 | Chelsea | 333 | (0) |
2015–2019 | Arsenal | 4 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
1997–1998 | Republik Czech B15 | 3 | (0) |
1998–1999 | Republik Czech B16 | 15 | (0) |
1999 | Republik Czech B17 | 3 | (0) |
1999–2000 | Republik Czech B18 | 13 | (0) |
2000–2001 | Republik Czech U20 | 7 | (0) |
2001–2002 | Republik Czech B21 | 15 | (0) |
2002– | Republik Czech | 114 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 29 Ogos 2015 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 29 Ogos 2015 (UTC) |
Cech sertai Chelsea pada 2004 dan hampir membuat kemunculan ke-450 untuk kelab dan meletakkan beliau di tempat keenam pemain terbanyak bermain untuk Chelsea sepanjang zaman. Di Chelsea, beliau telah menjuarai empat gelaran Liga Perdana Inggeris, empat trofi Piala FA Inggeris, tiga kejuaraan Piala Liga Inggeris, satu trofi Liga Europa UEFA dan Liga Juara-Juara Eropah.
Pasukan kebangsaan Republik Czech | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2002 | 7 | 0 |
2003 | 8 | 0 |
2004 | 13 | 0 |
2005 | 10 | 0 |
2006 | 10 | 0 |
2007 | 8 | 0 |
2008 | 9 | 0 |
2009 | 7 | 0 |
2010 | 6 | 0 |
2011 | 10 | 0 |
2012 | 10 | 0 |
2013 | 8 | 0 |
2014 | 6 | 0 |
2015 | 2 | 0 |
Jumlah | 114 | 0 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.