From Wikipedia, the free encyclopedia
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2015, juga disebut COP 21 atau CMP 21, telah diadakan di Paris dari 30 November sehingga 12 Disember 2015. Persidangan ini merupakan persidangan tahunan ke-21 anggota UNFCCC sejak UNFCCC ditubuhkan pada tahun 1992, dan persidangan ke-11 sejak Protokol Kyoto 1997.[1]
Tarikh | 30 November 2015– 12 Disember 2015 |
---|---|
Lokasi | Le Bourget, Paris, Perancis |
Juga dikenali sebagai | COP 21/CMP 11 |
Hadirin | Anggota UNFCCC |
Laman sesawang | Venue site UNFCCC site |
Persidangan ini mewujudkan Perjanjian Paris yang digunapakai oleh negara anggota.[2] Persetujuan ini akan mengikat secara perundangan jika sekurang-kurangnya 55 negara yang mewakili 55 peratus pelepasan gas rumah hijau global tahunan meratifikasi Perjanjian Paris atau mendaftarkan diri di New York dari 22 April 2016 hingga 21 April 2017.[3][4][5] Perjanjian ini dijangka berkuatkuasa menjelang 2020.[6] Harapan utama COP21 ialah mengurangkan pemanasan global hingga maksimum 2 darjat Celcius sehingga 2100[3][7] meskipun dalam piagam persetujuan Paris tertulis sasaran utamanya ialah maksimum 1.5 darjat Celcius.[2] Berdasarkan analisis pakar, sasaran 1.5 darjat Celcius dapat dicapai jika antara tahun 2030 hingga 2050 tiada pelepasan gas rumah hijau.[2]
Sebelum persidangan bermuka, 146 negara anggota mewakili draf negara masing-masing mengenai sumbangan mereka terhadap iklim. Dari pelbagai rangka keraja, dianggarkan bahawa pembatasan pemanasan global hanya mencapai maksimum 2.7 darjat Celcius pada tahun 2100.[8] Salah satu indikator pesimisme terbesar ialah komitmen Kesatuan Eropah yang hanya mensasarkan penurunan pelepasan hingga 40 peratus pada tahun 2030 terhadap pelepasan 1990.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.