![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/54/COP21_participants_-_30_Nov_2015_%252823430273715%2529.jpg/640px-COP21_participants_-_30_Nov_2015_%252823430273715%2529.jpg&w=640&q=50)
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan persidangan tahunan yang diadakan sebagai mesyuarat formal bagi peserta UNFCCC yang juga disebut Conference of the Parties (COP). COP merupakan pembuat keputusan tertinggi persidangan dan pengawal keberkesanan perlaksanaan serta instrumen undang-undang lain. Mesyuarat COP pertama diadakan di Berlin, Jerman pada Mac 1995.[1][2]
Fakta Segera Tarikh, Dianjurkan oleh ...
![]() Ketua Delegasi di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2015 yang mewujudkan Perjanjian Paris. | |
Tarikh | 1995 (1995)–kini |
---|---|
Dianjurkan oleh | PBB |
Tutup
Sejak 2005, persidangan ini juga membahas Protokol Kyoto (CMP). Bagi negara yang bukan sebahagian dari COP tetap mengikuti persidangan, tetapi tidak memiliki hak untuk membuat keputusan.[3]