Perlis
negeri Malaysia di Semenanjung Melayu / From Wikipedia, the free encyclopedia
Perlis (Jawi: ڤرليسcode: ms is deprecated , Bahasa Thai: ปะลิสcode: th is deprecated Pâlit, ปลิศcode: th is deprecated Palit atau เปอร์ลิศcode: th is deprecated Perlis)[nota 1] merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Wilayah Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat setelah kerajaan Siam melantik Raja Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis.[4]
Fakta Segera Peghelih, Transkripsi lain ...
Perlis
ڤرليسcode: ms is deprecated Peghelih | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Inggeris | Perliscode: en is deprecated |
• Cina | 玻璃市code: zh is deprecated |
• Tamil | பெர்லிஸ்code: ta is deprecated Perliscode: ta is deprecated (Transliterasi) |
• Thai | ปะลิสcode: th is deprecated |
Lagu: Amin Amin Ya Rabaljalil امين امين يا رب الجليل | |
Koordinat: 6°30′N 100°15′E | |
Ibu negeri | Kangar |
Bandar diraja | Arau |
Pentadbiran | |
• Jenis | Parlimen Raja berperlembagaan |
• Raja | Tuanku Syed Sirajuddin |
• Menteri Besar | Mohd Shukri Ramli |
Keluasan | |
• Jumlah | 819 km2 (316 batu persegi) |
Aras tertinggi | 733 m (2,405 ft) |
Penduduk (2020)[2] | |
• Jumlah | 284,885 |
• Kepadatan | 350/km2 (900/batu persegi) |
Bahasa | |
• Bahasa Rasmi | Bahasa Melayu Standard |
• Bahasa pertuturan | Bahasa Melayu Kedah, Hokkien, Thai, Mandarin |
Penubuhan | |
• Penubuhan Kota Sena sebagai ibu negeri Kedah | 1653 |
• Negeri Vasal Siam diperintah oleh Raja Long Krok | 1839 |
• Kerajaan terbentuk apabila Syed Hussain dilantik sebagai Raja oleh Siam | 20 April 1843 |
• Dimasukkan di dalam Persekutuan Tanah Melayu | 1 Februari 1948 |
• Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu | 31 Ogos 1957 |
Poskod | 01xxx sehingga 02xxx |
Kod panggilan | 04 |
Pendaftaran kenderaan | R |
IPM (2019) | 0.805 (sangat tinggi) (ke-9) |
Laman sesawang | www |
Tutup
Perlis mempunyai keluasan sebanyak 821 kilometer persegi menjadikannya sebagai negeri terkecil di Malaysia. Pada tahun 2020, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 284,885 orang dengan majoritinya merupakan bumiputera iaitu 88.8 peratus dari jumlah penduduk.[2]