Perlawanan Akhir UEFA Euro 2012
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perlawanan Akhir UEFA Euro 2012 berlangsung pada 1 Julai 2012 di Stadium Olimpik di Kiev, Ukraine, sebagai penentu juara UEFA Euro 2012.[1] Sepanyol (yang menewaskan Jerman 1–0 pada 2008) berjaya mempertahankan kejuaraan mereka dengan kemenangan meyakinkan 4–0 ke atas Itali, menjadi pasukan pertama berjaya melakukan sedemikian, dan pasukan pertama memenangi tiga kejohanan besar berturut-turut – Euro 2008, Piala Dunia 2010 dan Euro 2012.[2][3][4]