Pengadil
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengadil atau wasit (daripada Arab: وَاسِط, rumi: wāsiṭcode: ar is deprecated terbitan kata dasar وَسَطَ wasaṭa "berada di tengah-tengah"[1]) adalah orang yang berkuasa dalam pelbagai sukan yang bertanggungjawab mengerusikan permainan dari sudut pandangan berkecuali dan membuat keputusan semerta yang menguatkuasakan peraturan ditetapkan dalam sukan itu, termasuk keputusan kesukanan seperti penyemburan. Official yang ditugaskan dengan kerja ini boleh dikenali, di samping pengadil, dengan pelbagai gelaran lain juga (selalunya bergantung pada sukan), termasuk umpire, hakim, penyelesai, penimbang tara, penjaga garis, commissaire, penjaga masa, touch judge atau technical official (oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa).