Pergunungan Sarawat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pergunungan Sarawat (Bahasa Arab: جِبَالُ ٱلسَّرَوَاتِ, Rumi: Jibāl as-Sarawāt), juga dikenali sebagai Sarat dalam bentuk mufrad,[1] ialah sebahagian daripada Pergunungan Hijaz di bahagian barat Semenanjung Arab. Dalam erti kata yang luas, lokasinya selari dengan pantai timur Laut Merah merangkumi pergunungan Fifa', [2] 'Asir [3] dan Taif [4] [5] (juga termasuk Pergunungan Midian). [6] Dalam erti kata yang sempit, titik mula pergunungan Sarawat adalah di bandar Taif di Arab Saudi, lalu memanjang ke Teluk Aden di selatan, mencakupi seluruh pantai barat Yaman iaitu kawasan yang dahulunya ialah Yaman Utara dan memanjang ke arah timur menjadi sebahagian daripada apa yang dahulunya ialah Yaman Selatan, sekaligus selari dengan Teluk Aden.[1] [7]
Fakta Segera Titik tertinggi, Ketinggian ...
Pergunungan Sarawat | |
---|---|
Sarat | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 3,666 m (12,028 ka) |
Geografi | |
Tutup