Pergerakan Brown
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pergerakan Brown merujuk kepada:
- fenomena fizikal mengenai zarah-zarah yang bergerak secara rawak di dalam bendalir; atau
- model-model matematik yang digunakan untuk menghuraikan pergerakan-pergerakan rawak ini.
Model matematik boleh juga digunakan untuk menghuraikan banyak fenomena yang tidak kena mengena dengan pergerakan-pergerakan rawak zarah. Dua contoh yang sering dikemukakan ialah turun naik pasaran saham, serta evolusi ciri-ciri fizikal dalam rekod fosil.
Pergerakan Brown adalah antara proses-proses stokastik yang paling mudah dalam domain selanjar, dan merupakan had untuk kedua-dua proses stokastik yang lebih mudah (sila lihat perjalanan rawak) dan yang lebih rumit. Keuniversalan ini amat berkait dengan keuniversalan taburan normal. Dalam kedua-dua kes yang tersebut di atas, kemudahan dan bukannya ketepatan matematik ialah yang mendorongkan kegunaannya. Kesemua tiga contoh pergerakan Brown yang berikut juga merupakan kes-kes tersebut:
- Penerbangan Levy merupakan model turun naik pasaran saham yang lebih tepat, walaupun masih tidak sempurna.
- Pergerakan Brown fizikal boleh dijadikan model yang lebih tepat melalui proses pembauran yang lebih umum.
- Perdebatan tentang model yang terbaik untuk rekod fosil masih belum diselesaikan, walaupun selepas pembetulan telah dibuat untuk data bukan Gauss.