Remove ads
entiti awam untuk dagangan saham dan syer syarikat From Wikipedia, the free encyclopedia
Pasaran saham adalah pasaran umum untuk perdagangan sesebuah saham syarikat dan bentuk terbitan pada satu harga dipersetujui; terdapat sekuriti disenaraikan di bursa saham serta yang hanya didagangkan secara swasta.
Saiz pasaran saham dunia adalah dianggarkan pada kira-kira $36.6 trilion AS pada awal Oktober 2008. [1] Jumlah pasaran bentuk terbitan dunia telah dianggarkan pada kira-kira $791 trilion face atau nilai nominal, [2] 11 kali saiz ekonomi seluruh dunia.[3]
Pergerakan harga di pasaran atau bahagian dari pasaran dinyatakan dalam indeks harga yang dikenali indeks pasaran saham, yang mana terdapat banyak, antaranya, Indeks S&P, FTSE. Indeks seperti di atas biasanya merupakan modal pasaran berpemberat, dengan pemberat itu memantul sumbangan saham kepada indeks. Konstituen bagi indeks itu adalah sering dikaji semula bagi merangkumi/mengecualikan saham-saham dengan tujuan mencerminkan persekitaran perniagaan yang berubah.
Saham yang seorang peniaga tidak miliki sebenarnya boleh diniagakan menggunakan jualan singkat; pembelian margin mungkin digunakan membeli saham dengan pinjaman dana; atau, bentuk terbitan mungkin digunakan mengawal blok besar saham-saham untuk jumlah wang yang lebih kurang daripada akan diperlukan oleh pembelian terang atau jualan.
Dalam jualan jangka turun (short selling), seseorang menjual saham yang mereka tidak miliki sendiri, berharap harga akan jatuh. Mereka pada akhirnya harus membeli kembali saham tersebut. Keluar dari posisi pendek dengan membeli kembali saham disebut "covering a short".
Mudahnya, seseorang meminjam saham milik orang lain untuk dijual pada harga pasar. Kemudian orang tersebut berharap agar harga saham tersebut turun agar dapat dibeli kembali dengan harga lebih murah untuk dikembalikan kepada pemiliknya (dalam bentuk saham)dan mengantongi keuntungannya (selisih harga jual dan harga beli).
Dalam pembelian batas, seseorang meminjam wang untuk membeli saham dan berharap saham tersebut dapat naik harganya. Banyak negara industri mempunyai aturan yang mengharuskan kalau peminjaman berdasarkan kolateral dari saham lain, peminjaman ini haru dalam persentasi tertentu dari harga saham lain tersebut. Aturan lain termasuk pelarangan "freeriding" (penungangan bebas); iaitu, menaruh pesan untuk membeli saham tanpa membayar terlebih dahulu, dan kemudian menjualnya dan menggunakan keuntungan untuk membayar harga pembelian sebelumnya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.