Perang Uthmaniyah–Venezia Keempat, juga dikenali sebagai Perang Cyprus (Itali: Guerra di Cipro ) berlaku antara tahun 1570 sehingga 1573. Ia terjadi antara Empayar Uthmaniyah dan Republik Venezia, yang mana kemudian disertai oleh Liga Suci, sebuah perikatan negeri-negeri Kristian yang dibentuk di bawah arahan Paus, yang mana termasuk Sepanyol (dengan Naples dan Sicily), Republik Genoa, Kerajaan Savoy, Kesatria Hospitaller, Kerajaan Besar Tuscany, dan negeri-negeri lain di Itali.
Perang Uthmaniyah–Venezia Keempat | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyah–Venezia | |||||||||
Pertempuran Lepanto | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Liga Suci: Republik Venezia Sepanyol Negeri-negeri Paus Kerajaan Beraja Naples Republik Genoa Kerajaan Beraja Sicily Grand Duchy of Tuscany Duchy of Urbino Duchy Savoy Kesatria Malta | Empayar Uthmaniyah | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Marco Antonio Bragadin Alvise Martinengo Sebastiano Venier Don John dari Austria Marcantonio Colonna Giovanni Andrea Doria Jacopo Soranzo |
Selim II Piyale Pasha Lala Kara Mustafa Pasha Müezzinzade Ali Pasha † Kılıç Ali Pasha |
Peperangan ini antara episod-episod terkemuka dari pemerintahan Sultan Selim II, telah bermula dengan serangan Uthmaniyah ke pulau milik Venezia di Cyprus. Ibu kotanya, Nicosia dan beberapa kota-kota lain jatuh dengan pantas kepada tentera darat Uthmaniyah yang lebih kuat, meninggalkan hanya kota Famagusta di tangan Venezia. Ketibaan pasukan bantuan Kristian tertunda, dan Famagusta akhirnya ditawan pada bulan Ogos 1571 selepas dikepung selama 11 bulan. Dua bulan kemudian, semasa Pertempuran Lepanto, armada laut bersatu Kristian memusnahkan armada laut Uthmaniyah, tetapi gagal mengambil kelebihan di atas kemenangan ini. Pihak Uthmaniyah dengan pantasnya membina semula angkatan laut mereka sehingga hampir mengalahkan askar Venezia lalu Venezia telah dipaksa untuk merundingkan satu perjanjian damai berasingan, menyerahkan Cyprus kepada pihak Uthmaniyah dan membayar ufti sebanyak 300,000 ducat.
Latar belakang
Penaklukan Uthmaniyyah ke atas Cyprus
Liga Suci
Pertempuran Lepanto
Penyelesaian damai dan selepas perang
Nota
Sumber
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.