From Wikipedia, the free encyclopedia
Perang Kemerdekaan Eritrea ialah suatu konflik bersenjata antara pemerintah Habsyah dan puak pemisah Eritrea yang berlangsung sebelum dan sepanjang Perang Saudara Habsyah. Pertembungan ini tercetus dengan penarikan hak autonomi Eritrea dalam Habsyah.
Perang Kemerdekaan Eritrea | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Saudara Habsyah, Perang Dingin | |||||||||
Situasi sewaktu perang berlangsung | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
ELF Disokong: EPLF |
1961–1974
Disokong:
1974–1991 Disokong:
| ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
|
| ||||||||
Kekuatan | |||||||||
20,000 askar (1975) 230 askar (1963) |
41,000 askar (1975) 3,000 askar (1984) | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
~15,000 askar[34] |
Itali menjajah Eritrea pada tahun 1890. Pada tahun 1936, Itali menyerang Habsyah dan mengisytiharkan ia sebahagian daripada empayar Afrika Timur mereka yang turut termasuk Somaliland. Kawasan tersebut dipecahkan pemerintahannya oleh pihak Berikat setelah mengalahkan pihak Itali, bahagian Somaliland diserahkan sebagai kawasan naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebelum disatukan dengan Somaliland British sebagai negara Somalia yang merdeka. Eritrea dijadikan negara naungan British sehingga 1951.
Terdapat kerisauan mengenai nasib Eritrea setelah itu; pihak British mengusulkan pembahagian Eritrea mengikut penganut agama (yakni, umat Kristian kepada Habsyah manakala umat Islam untuk Sudan) namun ia sangat kontroversi. PBB memutuskan untuk memasukkan Eritrea dalam persekutuan bersama Habsyah pada tahun 1952 sebagai suatu jalan tengah mendamaikan tuntutan pihak Habsyah ke atas kedaulatannya dan keinginan Eritrea merdeka. Kira-kira sembilan tahun kemudian, Maharaja Haile Selassie membubarkan persekutuan ini lalu mengilhakkan Eritrea, memulakan konflik ini yang berlangsung selama tiga puluh tahun.[35] Pada tahun 1974, Maharaja Haile Selassie digulingkan dalam suatu kudeta oleh junta Derg Marxis pimpinan Mengistu Haile Mariam, yang jkemudiannya mendapatkan kembali kawalan kawasan bekas Empayar Habsyah dan bahagian-bahagian Somalia. Habsyah menerima pengaruh Kesatuan Soviet secara langsungnya.
Pihak Ethiopia menggunakan "anti-personil gas",[36] napalm,[37] serta alat letupan berbahaya yang lain.
Tentera Derg Habsyah menjadi lemah secara mendadak dengan terputusnya kerjasama dan bantuan senjata daripada pihak Soviet pada 1980-an. Perkara ini diambil peluang oleh para pemberontak dalam Habsyah, terutamanya Barisan Pembebasan Rakyat Habsyah, sehingga rejim Derg berjaya digulingkan.
Setelah berakhirnya Perang Dingin, Amerika Syarikat memainkan peranannya dalam pembicaraan damai di Washington pada bulan-bulan menjelang kejatuhan rejim Derg pada Mei 1991. Hasil orang-orang berbicara perjanjian di mana Habsyah mengiktiraf hak warga Eritrea melakukan suatu pungutan suara atau referendum kemerdekaan. Referendum ini telah diadakan pada bulan April 1993, di mana hampir kesemua warga Eritrea sebulat suara menyokong kemerdekaan mereka seperti yang disahkan Misi Pemerhati anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. PBB merasmikan keahlian negara Eritrea pada 28 Mei 1993.[38] Berikut adalah hasil referendum tersebut:
Pilihan | Undian | % |
---|---|---|
Ya | 1,100,260 | 99.83 |
Tidak | 1,822 | 0.17 |
Undian tidak sah/kosong | 328 | - |
Jumlah | 1,102,410 | 100 |
Pengundi yang berdafter/hadir | 1,173,706 | 98.52 |
Sumber: African Electiona Database |
Rantau | "Adakah anda ingin Eritrea menjadi sebuah negara yang bebas dan berdaulat?" | Jumlah | ||
---|---|---|---|---|
Ya | Tidak | Tidak dikira | ||
Asmara | 128,443 | 144 | 33 | 128,620 |
Barka | 4,425 | 47 | 0 | 4,472 |
Denkalia | 25,907 | 91 | 29 | 26,027 |
Luka-Setit | 73,236 | 270 | 0 | 73,506 |
Hamasien | 76,654 | 59 | 3 | 76,716 |
Akkele Guzay | 92,465 | 147 | 22 | 92,634 |
Sahel | 51,015 | 141 | 31 | 51,187 |
Semhar | 33,596 | 113 | 41 | 33,750 |
Seraye | 124,725 | 72 | 12 | 124,809 |
Senhit | 78,513 | 26 | 1 | 78,540 |
Para pejuang kebebasan | 77,512 | 21 | 46 | 77,579 |
di Sudan | 153,706 | 352 | 0 | 154,058 |
di Habsyah | 57,466 | 204 | 36 | 57,706 |
Undian lain | 82,597 | 135 | 74 | 82,806 |
% | 99.79 | 0.17 | 0.03 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.