Penyakit refluks gastroesofagus (GERD) ialah sebuah penyakit kronik yang berlaku apabila kandungan perut melimpah ke esofagus, lalu menyebabkan simptom atau komplikasi.[1][2] Simptom-simptom termasuk rasa asid di belakang mulut, pedih ulu hati, nafas berbau, sakit dada, regurgitasi, masalah pernafasan dan pereputan gigi. Komplikasi yang ada pula termasuk esofagitis, striktur esofagus dan esofagus Barrett.[1]

Fakta Segera Nama lain, Pengkhususan ...
Penyakit refluks gastroesofagus
Nama lain
Refluks asid
Thumb
PengkhususanGastroenterologi
GejalaRasa asid, pedih ulu hati, nafas berbau, sakit dada, masalah pernafasan[1]
KerumitanEsofagitis, striktur esofagus, esofagus Barrett[1]
TempohJangka panjang[1][2]
PuncaPenutupan sfinkter esofagus bawah yang tidak rapat[1]
Obesiti, kehamilan, merokok, hernia hiatus, pengambilan ubat[1]
Gastroskopi, siri GI atasan, pemantauan pH esofagus, manometri esofagus[1]
Penyakit ulser peptik, kanser esofagus, spasma esofagus, angina[3]
RawatanPerubahan gaya hidup, pengambilan ubat, pembedahan[1]
Rawatan perubatan
Antasid, penghalang reseptor H2, perencat pam proton, prokinetik[1][4]
Kekerapan~15% (Amerika Utara dan Eropah)[4]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Faktor-faktor risiko termasuk obesiti, kehamilan, merokok, hernia hiatus serta pengambilan ubat-ubatan. Ubat-ubatan yang boleh membawa atau memburukkan penyakit ini merangkumi benzodiazepina, penghalang saluran kalsium, antidepresan trisiklik, NSAID, dan beberapa jenis ubat asma. Refluks asid ini berlaku akibat penutupan kurang mantap sfinkter esofagus bawah, yakni simpang di antara perut dan esofagus. Diagnosis dalam kalangan mereka yang tidak dapat dirawat dengan kaedah-kaedah mudah ialah gastroskopi, siri GI atasan, pemantauan pH esofagus atau manometri esofagus.[1]

Kaedah-kaedah rawatan termasuk perubahan gaya hidup, pengambilan ubat dan kadangkala pembedahan bagi mereka yang tidak mampu pulih melalui dua kaedah sebelumnya. Perubahan gaya hidup termasuk tidak berbaring selama tiga jam selepas makan, meninggikan kepala ketika baring (dengan bantal), menurunkan berat badan, mengelakkan makanan yang menyebabkan simptom GERD dan berhenti merokok.[1][5] Ubat-ubatan yang digunakan termasuk antasid, penghalang reseptor H2, perencat pam proton dan prokinetik.[1][4]

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.