ketidakselesaan atau kesakitan yang dirasakan di mana sahaja di bahagian depan badan antara leher dan perut atas From Wikipedia, the free encyclopedia
Sakit dada ialah sakit atau rasa tidak selesa di dada, biasanya di depan dada.[1] Ia boleh digambarkan sebagai tajam, tumpul, tekanan, berat atau terpecit.[3] Gejala berkaitan boleh termasuk sakit di bahu, lengan, abdomen atas atau rahang atau loya, berpeluh atau sesak nafas.[3][1] Ia boleh dibahagikan kepada sakit berkaitan jantung dan berkaitan bukan jantung.[1][2] Sakit disebabkan aliran darah ke jantung yang tidak cukup juga dipanggil angina pektoris.[5] Mereka dengan kencing manis atau orang tua boleh menghidapi gejala yang kurang jelas.[3]
Sakit dada | |
---|---|
Nama lain | Pektoralgia, stetalgia, torakalgia, torakodinia |
Lokasi potensi sakit dari serangan jantung | |
Pengkhususan | Perubatan kecemasan, perubatan dalaman |
Gejala | Rasa tidak selesa di depan dada[1] |
Jenis | Kardium, tidak kardium[2] |
Sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal, ujian perubatan[3] | |
Tenat: Sindrom koronari akut (termasuk serangan jantung), embolisme pulmonari, pneumotoraks, perikarditis, diseksi aorta, pecah esofagus[3] Biasa: Gastroesophageal reflux disease, muscle or skeletal pain, pneumonia, kayap[3] | |
Rawatan | Berdasarkan sebab sampingan[1] |
Rawatan perubatan | Aspirin, nitrogliserin[4][1] |
Prognosis | Bergantung kepada sebab sampingan[3] |
Kekerapan | ~5% lawatan ER[3] |
sunting |
Sebab tenat dan agak biasa termasuk sindrom koronari akut seperti serangan jantung (31%), embolisme pulmonari (2%), pneumotoraks, perikarditis (4%), diseksi aorta (1%) dan pecah esofagus.[3] Sebab biasa yang lain termasuk penyakit refluks gastroesofagus (30%), sakit otot atau rangka (28%), pneumonia (2%), kayap (0.5%) dan kecelaruan keresahan.[3][6] Menentukan sebab sakit dada adalah berdasarkan sejarah perubatan seseorang, pemeriksaan fizikal dan ujian perubatan yang lain.[3] Kira-kira 3% serangan jantung, walau bagaimanapun, terlepas pada awalnya.[1]
Pengurusan sakit dada berdasarkan sebab sampingan.[1] Rawatan awal selalumemasukkan pengubatan aspirin dan nitrogliserin.[4][1] Gerak balas kepada rawatan tidak selalunya menandakan sama ada sakit tersebut berkaitan jantung.[1] Apabila sebab tidak jelas, pesakit boleh dirujuk untuk penilaian lanjut.[3]
Sakit dada melambangkan kira-kira 5% masalah penyaji ke bilik kecemasan.[3] Di Amerika Syarikat, kira-kira 8 juta orang pergi ke jabatan kecemasan dengan sakit dada setahun.[1] Daripada jumlah ini, kira-kira 60% dimasukkan ke hospital atau unit pemerhatian.[1] Kos lawatan kecemasan untuk sakit jantung di Amerika Syarikat adalah lebih daripada AS$8 bilion per tahun.[6] Sakit dada merupakan sekitar 0.5% lawatan oleh kanak-kanak ke jabatan kecemasan.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.