Pentas Akhir Liga Juara-Juara AFC 2020
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pentas Akhir Liga Juara-Juara AFC 2020 akan menjadi perlawanan akhir Liga Juara-Juara AFC 2020, edisi ke-39 kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), dan ke-18 di bawah gelaran semasa Liga Juara-Juara AFC.
Peristiwa | Liga Juara-Juara AFC 2020 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||
selepas masa tambahan | |||||||
Tarikh | 19 Disember 2020 (2020-12-19) | ||||||
Tempat | Stadium Al Janoub, Al Wakrah | ||||||
Permain terbaik | Sin Jin-ho (Ulsan Hyundai)[1] | ||||||
Pengadil | Abdulrahman Al-Jassim (Qatar)[2] | ||||||
Kehadiran | 8,517 | ||||||
Cuaca | Kebanyakannya mendung 24 °C (75 °F) | ||||||
← 2019 2021 → |
Perlawanan akhir ini akan dipertandingkan sebagai satu perlawanan tunggal antara Persepolis dari Iran dan Ulsan Hyundai dari Korea Selatan. Di bawah format dan jadual asal, perlawanan akhir akan dipertandingkan dalam format perlawanan tempat sendiri dan tempat lawan secara timbal balik, dengan perlawanan pertama dimainkan pada 22 November 2020 dan perlawanan kedua dimainkan pada 28 November 2020. Walau bagaimanapun, kerana pandemik COVID-19, kejohanan ini ditangguhkan antara bulan Mac dan September 2020, dan setelah dimulakan semula, semua perlawanan dipindahkan ke tempat-tempat berpusat di Qatar, dan perlawanan akhir akan dimainkan di Stadium Al Janoub di Al Wakrah pada 19 Disember 2020.[3]
Ulsan Hyundai memenangi gelaran Liga Juara-Juara AFC kedua mereka dan layak ke Piala Kelab Dunia FIFA 2020 di Qatar.