Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (MH17/MAS17), juga dikenali sebagai Penerbangan 4103 KLM (KL4103/KLM4103) melalui perkongsian kod, adalah sebuah penerbangan penumpang antarabangsa yang dijadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat Boeing 777-200ER tersebut telah ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia berdekatan Torez di wilayah yang ditakluk kumpulan pemisah, Donetsk Oblast, Ukraine, kira-kira 40 km (25 batu) dari sempadan dengan Rusia[5] . Pesawat telah ditembak dengan peluru berpandu permukaan-ke-udara buatan Rusia, BUK 9M83, pada 17 Julai 2014. Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam pesawat tersebut maut.[6]
Kejadian | |
---|---|
Tarikh | 17 Julai 2014 (2014-07-17) |
Ringkasan | Ditembak dengan peluru berpandu permukaan-ke-udara Buk dari Rusia[1][2][3][4] |
Tapak kejadian | Dekat Hrabove, Donetsk Oblast, Ukraine 48°7′56″N 38°39′19″E |
Pesawat | |
Jenis pesawat | Boeing 777-200ER |
Pengendali | Penerbangan Malaysia |
Kod pendaftaran | 9M-MRD |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Schiphol |
Destinasi | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur |
Penumpang | 283 |
Anak kapal | 15 |
Kematian | 298 (semua) |
Terselamat | 0 |
Menurut laporan awal oleh pihak berkuasa Ukraine, pesawat ini telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara jenis BUK oleh para pemisah pro-Rusia semasa berada pada ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).[7][8]
Kejadian ini merupakan kejadian malang kedua bagi Penerbangan Malaysia, kira-kira empat bulan selepas peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. Ia juga merupakan peristiwa terbesar penerbangan ini setakat ini; dengan 280 penumpang terlibat, kejadian ini melibatkan lebih ramai penumpang berbanding peristiwa MH370 yang melibatkan 227 penumpang.[9][10]