From Wikipedia, the free encyclopedia
KLM (bermaksud Koninklijke Luchtvaart Maatschappij, atau Syarikat Penerbangan Diraja,terjemahan umum: Penerbangan Diraja Belanda) adalah penerbangan nasional Belanda.KLM kini beroperasi sebagai Air France-KLM,dengan kerjasama Air France,syarikat penerbangan nasional Perancis.
| |||||||
Ditubuhkan | 1919 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Hab | Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol | ||||||
Bandar tumpuan | Lapangan Terbang Rotterdam | ||||||
Program kesetiaan | Flying Blue | ||||||
Perikatan | SkyTeam | ||||||
Pesawat | 104 | ||||||
Destinasi | 99 | ||||||
Syarikat induk | Air France–KLM | ||||||
Ibu pejabat | Amstelveen, The Netherlands | ||||||
Orang penting | Albert Plesman (Pengasas) F. Gagey (CFO) P. F. Hartman (COO) | ||||||
Laman web | www.klm.com |
Air France-KLM adalah penerbangan Perancis dan Belanda dengan tumpuan operasi KLM di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, berdekatan Amsterdam.
Air France mengambil alih KLM pada Mei 2004, dan menubuhkan syarikat Air France-KLM. Syarikat baru ini beribu pejabat di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle, Paris. Air France-KLM adalah syarikat penerbangan terbesar dunia berdasarkan hasil operasi dan ketiga terbesar dunia berdasarkan hasil-penumpang-kilometer.
Air France-KLM adalah ahli kepada SkyTeam Alliance bersama dengan Delta Air Lines, Aeroméxico, Korean Air, CSA Czech Airlines, dan Alitalia.
KLM ditubuhkan pada 7 Oktober, 1919, membuatkan ia sebauh penerbangan tertua yang mengekalkan nama asalnya. Penerbangan pertama KLM ialah pada 17 Mei, 1920 dari London ke Amsterdam membawa 2 orang wartawan Inggris.
Syarikat-syarikat subsidi KLM ialah KLM Cityhopper, KLM Cargo dan KLM Asia. Bekas subsidi KLM ialah KLM excel. KLM juga mempunyai 100% pegangan dalam Transavia Airlines, 50% dalam Martinair dan 26% dalam Kenya Airways. KLM uk pernah menjadi syarikat subsidi KLM sehinggalah ia dicantum dengan KLM cityhopper. Saham KLM disenaraikan di bursa saham Amsterdam, New York dan Paris.
Pada Mei 2004, KLM diambil alih Air France tetapi identitinya dijamin dikekalkan selama 5 tahun berikutnya.
Lihat Destinasi-destinasi KLM.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: KLM. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.