From Wikipedia, the free encyclopedia
Penapisan Internet ialah tindakan mengawal atau menghentikan penyebaran kandungan apa yang boleh diakses, diterbitkan mahupun dilihat dalam Internet sama ada dilakukan pengawal mahupun pembekal Internet sendiri. Individu dan organisasi tertentu boleh menapis diri sendiri untuk tujuan menjaga moral, agam ataupun perniagaan, mengekalkan norma masyarakat agar dielakkan daripada sebarnag penindasan yang berlaku, mahupun mengelakkan pelanggeran undang-undang.[1]
Tahap penapisan yang dilakukan ini berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain (namun ia cenderung dilakukan ke atas laman yang berbahasa tempatan berbanding yang menggunakan bahasa antarabangsa seperti bahasa Inggeris[2]). Ia juga wujud sebagai suatu tindak balas kepada kejadian yang berlaku pada ketika tindakan tersebut dilakukan seperti pilihanraya, tunjuk perasaan mahupun rusuhan. Bidang lain termasuk hak cipta, gangguan, fitnah serta bahan lucah juga dilibatkan dalam penapisan sebegini.
Penapisan yang diasasrkan terhadap bangkangan kuasa yang memerintah sesebuah negara itu sering dilihat dalam rejim autoritarian. Untuk tujuan ini jugalah terdapat beberapa negara yang menghalang akses kepada laman-laman yang berkaitan dengan kumpulan agama dan minoriti di mana pergerakan mereka dilihat boleh mengancam pergerakan ini.[2]
Penapisan terhadap topik yang dilihat tidak bersesaian dan menggugat norma masyarakat yang diterima ramai.[2] Perkara ini juga boleh merangkumi fahaman politik yang dianggap boleh membawa kepada bahaya sedemikian (misalnya komunisme di bekas negara Komunis Eropah seperti Poland, Lithuania, Ukraine dsb; Nazisme di Jerman dan Perancis[3]), mahupun kandungan yang dianggap menghina agama-agama yang didokong pemerintah.
Alatan dan aplikasi Internet yang berkemungkinan digunakan untuk menyebarkan bahan-bahan sensitif seperti laman sesawang (termaksud juga Wikipedia sendiri), enjin carian, blog, laman rangkaian sosial dan aplikasi permesejan didapati di banyak negara.[2]
Pelbagai organisasi menggunakan sistem penapisan sebagai suatu strategi pertahanan dalaman rangkaian (defense in depth) daripada serangan perisian hasad,[4] atau dipergunakan dalam kegiatan yang tidak senonoh, misalnya seperti jenayah buli dan gangguan seksual.
Penapisan yang berkaitan dengan keselamatan negara yang menyasarkan laman milik pihak pemberontak, ekstremis, dan pengganas sering mendapat sokongan orang ramai yang meluas.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.