From Wikipedia, the free encyclopedia
Laman sesawang atau laman web ialah dokumen berisi maklumat yang boleh dilawat di Jaringan Sejagat menggunakan suatu pelayar web (sesawang).[1] Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula.
Menurut Kamus Dewan, laman web ditakrifkan dokumen elektrik yang dipaparkan di skrin komputer tentang sesuatu, di mana ia dapat dicapai dengan menggunakan Internet.[2]
Elemen teras laman web ialah satu atau lebih fail teks yang ditulis dalam Bahasa Penanda Hiperteks (HTML). Kebanyakan laman web juga, menggunakan kod JavaScript untuk tingkah laku dinamik dan kod Lembaran Gaya Lata (CSS) untuk makna pembentangan.[3] WebAssembly juga boleh digunakan untuk bahagian tingkah laku laman web.[4] Imej, video dan fail multimedia lain selalunya dibenamkan kedalama laman web seperti Wikipedia dan Blogger.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.