![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/93/USS_Arleigh_Burke_%2528DDG_51%2529_steams_through_the_Mediterranean_Sea.jpg/640px-USS_Arleigh_Burke_%2528DDG_51%2529_steams_through_the_Mediterranean_Sea.jpg&w=640&q=50)
Pembinasa Kelas Arleigh Burke
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kapal pembinasa Kelas Arleigh Burke merupakan sebuah kapal pembinasa peluru berpandu, dan salah satu daripada kelas-kelas kapal pembinasa yang terdapat di dalam Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia merupakan kapal pembinasa pertama yang dibina berdasarkan Sistem Tempur Aegis dan radar jujukan fasa pelbagai fungsi SPY-1D. Kapal pertama dari kelas ini telah ditauliahkan pada 4 Julai 1991. Selepas pelucutan tauliah kapal terakhir dari Kelas Spruance, iaitu USS Cushing, pada 21 September 2005, kapal pembinasa Kelas Arleigh Burke menjadi satu-satunya kelas kapal pembinasa yang masih aktif di dalam Tentera Laut A.S.
![]() USS Arleigh Burke (DDG-51) | |
Gambaran keseluruhan kelas | |
---|---|
Nama: | Pembinasa kelas Arleigh Burke |
Pengguna: | ![]() |
Sebelumnya: | Pembinasa kelas-Kidd |
Selepasnya: | Pembinasa kelas-Zumwalt |
Kos: | AS$1.843 bilion per kapal (DDG 114–116, FY2011/12)[1] |
Built: | 1988–kini |
Ditauliah pada: | 1991–kini |
Dalam pembinaan: | 7 |
Jumlah dirancang: | 89 setakat April 2020 |
Jumlah disiapkan: | 70 |
Jumlah aktif: | 69 |
Dibersarakan: | 0 |
Simpanan: | 0 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Pembinasa |
Sesaran: | |
Panjang: | |
Lunas: | 59 ka (18 m) |
Draft: | 30.5 ka (9.3 m) |
Jana kuasa: |
|
Halaju: | Melebihi 30 kn (56 km/j; 35 mph) |
Jarak: | 4,400 nmi (8,100 km) pada 20 kn (37 km/j; 23 mph) |
Bot & lancang yang dibawa: | 2x bot boleh apung berbadan rigid |
Anak kapal: | 23 pegawai, 250 lain-lain pangkat |
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: |
|
Kemudahan penerbangan: |
|
Kelas ini dinamakan sempena Laksamana Arleigh "31-Knot" Burke, seorang pegawai kapal pembinasa Amerika Syarikat yang paling terkenal semasa Perang Dunia II. Laksamana Burke masih hidup semasa kapal pertama dari kelas ini ditauliahkan.