Sistem pelancaran menegak (Vertical Launching System atau VLS) adalah sebuah sistem termaju untuk menyimpan dan melancarkan peluru berpandu di atas pelantar-pelantar laut bergerak, seperti kapal permukaan dan kapal selam. Setiap sistem pelancaran menegak mengandungi sejumlah sel-sel, yang mana boleh menyimpan sebuah atau lebih peluru berpandu yang tersedia untuk dilancarkan. Biasanya, setiap sel boleh menyimpan beberapa jenis peluru berpandu yang berlainan, membolehkan sesebuah kapal untuk memuatkan set padanan terbaik bergantung kepada misi yang akan dilaksanakan. Selain itu, apabila sesebuah peluru berpandu dibangunkan, ia biasanya boleh dipadankan dengan sistem pelancaran menegak yang telah sedia dipakai oleh sesebuah negara, membolehkan kapal-kapal yang sedia ada menggunakan peluru berpandu baharu ini tanpa sebarang kerja semula yang mahal. Apabila arahan dikeluarkan, peluru berpandu akan dilancarkan ke atas secukupnya untuk mengelakkan sel dan dan kapal, sebelum membelok yang terbang ke arah sasarannya.
Sebuah VLS membolehkan penempur permukaan memiliki jumlah persenjataan yang lebih besar yang sedia untuk dilancarkan pada sebilang masa dibandingkan dengan sistem pelancaran lama seperti pelancar tunggal Mark 13 dan pelancar berkembar Mark 26, di mana ia dimuatkan melalui belakang oleh sebuah kelongsong di bawah dek utama. Selain kuasa tembak yang lebih besar, VLS juga membawa kesan kerosakkan yang lebih besar dan kebolehupayaan yang lebih tinggi berbanding sistem sebelumnya, dan memiliki keratan rentas radar yang lebih rendah. Tentera Laut A.S. kini banyak bergantung kepada VLS bagi kapal-kapal pembinasa peluru berpandu dan kruisernya.
Apabila dipasang pada sebuah kapal selam penyerang berkuasa nuklear (SSN, sebuah VLS membolehkan kepelbagaian jenis senjata dan jumlah yang boleh dibawa, dibandingkan hanya menggunakan tiub torpedo.
Kapal selamkelas-Ohio, pengubahan SSGN – Mark 45 (154 tiub) untuk peluru berpandu krus Tomahawk. 22 buah tiub peluru berpandu balistik telah diubahsuai untuk membolehkan tujuh buah tiub VLS konvensional ditempatkan di dalam sebuah tiub SLBM.
"Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-07. Dicapai pada 2009-04-01.Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)