From Wikipedia, the free encyclopedia
Templat:Politics of Egypt
Mesir dibahagikan kepada tiga lapisan untuk tujuan pentadbiran awam, dan beberapa daerah diperbahagi lagi, kadangkala menghasilkan sebuah lapisan keempat. Ia mempunyai sistem kerajaan tempatan berpusat yang secara rasmi dipanggil pentadbiran tempatan kerana ia merupakan cabang badan Eksekutif.[1]
Peringkat tertinggi hierarki ini ialah 27 kegabenoran (mufrad: محافظة muḥāfẓa, jamak: محافظات muḥāfẓat).[2] Kegabenoran ditadbir oleh seorang gabenor, yang dilantik oleh Presiden Mesir dan berkhidmat mengikut budi bicara presiden. Gabenor mempunyai pangkat awam menteri dan melaporkan terus kepada perdana menteri, yang mempengerusikan Lembaga Gabenor (maglis al-muhafzin) dan bertemu dengan mereka secara tetap.[3][4] Menteri Pembangunan Tempatan menyelaraskan gabenor-gabenor dan belanjawan kegabenoran mereka.[5]
Peringkat kedua, di bawah dan di dalam kegabenoran, adalah marakiz (mufrad: مركز markaz, jamak: مراكز marakiz) atau aqsam (mufrad: قسم qism, jamak: أقسام aqsam). Peringkat ketiga terdiri daripada daerah-daerah (mufrad: حي ḥay, jamak: أحياء aḥya') dan kampung-kampung (mufrad: قرية qarya, jamak: قرى qura). Terdapat struktur pentadbiran pada setiap peringkat ini.[6][7] Daerah boleh dibahagikan lagi kepada mukim sebagai peringkat keempat.
Terdapat juga tujuh wilayah ekonomi yang digunakan untuk tujuan perancangan, yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Umum untuk Perancangan Fizikal (GOPP).
Mesir secara amnya mempunyai tiga peringkat unit pentadbiran tempatan, selaras dengan Perkara 1 Undang-undang Pentadbiran Tempatan yang mana setiap unit mempunyai seorang ketua yang dilantik,[1] dan satu peringkat ekonomi yang tidak mempunyai sebarang tugas pentadbiran:[8]
0. Wilayah ekonomi (bukan pentadbiran, terdiri daripada kegabenoran)
Mesir dibahagikan kepada 27 kegabenoran (muhāfazāt) dan masing-masing mempunyai ibu kota dan sekurang-kurangnya satu bandar.[9] Setiap kegabenoran ditadbir oleh seorang gabenor, yang dilantik oleh Presiden Mesir dan berkhidmat mengikut budi bicara presiden. Kebanyakan kegabenoran mempunyai kepadatan penduduk lebih daripada seribu per km2, manakala tiga kegabenoran terbesar mempunyai kepadatan penduduk kurang daripada dua per km2.[10] Kegabenoran Mesir ialah:
Nama | Keluasan (km2) |
Populasi (Anggaran November 2023) |
Kepadatan (November 2023) |
Ibu kota |
---|---|---|---|---|
Iskandariah | 2,300 | 5,703,824 | 2,304.2 | Iskandariah |
Aswan | 62,726 | 1,698,201 | 24.4 | Aswan |
Asyut | 25,926 | 5,071,485 | 176.9 | Asyut |
Beheira | 9,826 | 6,940,234 | 651.8 | Damanhur |
Beni Suef | 10,954 | 3,618,395 | 300.2 | Beni Suef |
Kaherah | 3,085 | 10,456,284 | 3,177.31 | Kaherah |
Dakahlia | 3,538 | 7,058,212 | 1,887.9 | Mansoura |
Damietta | 910 | 2,023,380 | 1,691.3 | Damietta |
Faiyum | 6,068 | 4,141,222 | 617.7 | Faiyum |
Gharbia | 1,942 | 5,483,000 | 2,650.1 | Tanta |
Giza | 13,184 | 9,534,283 | 676.2 | Giza |
Ismailia | 5,067 | 1,482,999 | 266.9 | Ismailia |
Kafr El Sheikh | 3,467 | 3,731,540 | 1,003.2 | Kafr El Sheikh |
Luxor | 460 | 1,429,385 | 538.0 | Luxor |
Matrouh | 166,563 | 580,304 | 2.8 | Marsa Matruh |
Minya | 32,279 | 6,332,918 | 178.0 | Minya |
Monufia | 2,499 | 4,743,341 | 1,777.4 | Shibin El Kom |
New Valley | 440,098 | 324,600 | 0.6 | Kharga |
North Sinai | 28,992 | 544,494 | 16.0 | Arish |
Port Said[13] | 1,345 | 835,193 | 568.4 | Port Said |
Qalyubia | 1,124 | 6,137,896 | 5,153.1 | Banha |
Qena | 10,798 | 3,651,215 | 305.9 | Qena |
Red Sea | 119,099 | 409,394 | 3.1 | Hurghada |
Sharqia | 4,911 | 8,032,683 | 1,507.2 | Zagazig |
Suhaj | 11,022 | 5,714,903 | 471.2 | Suhaj |
Sinai Selatan | 31,272 | 145,934 | 3.4 | El Tor |
Suez | 9,002 | 843,385 | 83.3 | Suez |
Jumlah | 1,010,407 | 106,668,704 | 97.1 | Kaherah |
Di peringkat perbandaran adalah markaz, qisim, kawasan yang ditadbir polis, dan bandar baharu. Secara amnya, kawasan luar bandar terbahagi kepada markaz manakala kawasan bandar terbahagi kepada qisim. Sehingga 2013, terdapat 351 subbahagian, yang mana 177 adalah qisim, 162 markaz, 9 bandar baharu dan 3 kawasan yang ditadbir polis. Terdapat juga kawasan yang tidak diatur di kegabenoran Iskandariah, Aswan, Asiyut, Beheira, Beni Suef, Kaherah, Dakahlia, Damietta, Faiyum, Giza, Ismailia, Kafr El Sheikh, Luxor, Minya, Port Said, Qalyubia, Qena, Sharqia, Suhaj, dan Suez.[14][15]
q - qisim
m - markaz
b - bandar baru
p - ditadbir polis
Kampung merupakan unit terkecil di masyarakat luar bandar, dan setara dengan sebuah daerah di kawasan perbandaran. Walau bagaimanapun, kampung berbeza antara satu sama lain dari segi status undang-undang. Ketua-ketua kampung atau daerah dilantik oleh gabenor masing-masing.[16] Di samping itu, daerah kadangkala dibahagikan lagi kepada kawasan kejiranan kecil yang dipanggil syeyakha di kawasan luar bandar, atau daerah kediaman (mufrad: حي سكني ḥay sakani, jamak: أحياء سكنية aḥya' sakaniya) di kawasan perbandaran.[17]
Data diambil daripada CAPMAS: [11]
Rencana ini perlu dikemas kini. (December 2022) |
Kegabenoran | % Perbandaran | Populasi (2016) | Luar bandar | Bandar |
---|---|---|---|---|
Iskandariah | 98.8 | 4,812,186 | 56,698 | 4,755,488 |
Aswan | 42.3 | 1,431,488 | 826,543 | 604,945 |
Asyut | 26.5 | 4,245,215 | 3,119,112 | 1,126,103 |
Beheira | 19.5 | 5,804,262 | 4,674,346 | 1,129,916 |
Beni Suef | 23.2 | 2,856,812 | 2,193,871 | 662,941 |
Kaherah | 100.0 | 9,278,441 | 0 | 9,278,441 |
Dakahlia | 28.2 | 5,949,001 | 4,271,428 | 1,677,573 |
Damietta | 38.7 | 1,330,843 | 815,244 | 515,599 |
Faiyum | 22.5 | 3,170,150 | 2,456,368 | 713,782 |
Gharbia | 30.0 | 4,751,865 | 3,324,630 | 1,427,235 |
Giza | 58.6 | 7,585,115 | 3,138,310 | 4,446,805 |
Ismailia | 45.4 | 1,178,641 | 643,778 | 534,863 |
Kafr El Sheikh | 23.1 | 3,172,753 | 2,441,246 | 731,507 |
Luxor | 37.8 | 1,147,058 | 713,422 | 433,636 |
Matrouh | 70.6 | 447,846 | 131,841 | 316,005 |
Minya | 18.9 | 5,156,702 | 4,183,284 | 973,418 |
Monufia | 20.6 | 3,941,293 | 3,128,460 | 812,833 |
Lembah Baru | 48.0 | 225,416 | 117,180 | 108,236 |
Sinai Utara | 60.2 | 434,781 | 173,095 | 261,686 |
Port Said | 100.0 | 666,599 | 0 | 666,599 |
Qalyubia | 44.7 | 5,105,972 | 2,825,045 | 2,280,927 |
Qena | 19.7 | 3,045,504 | 2,445,051 | 600,453 |
Laut Merah | 95.1 | 345,775 | 17,062 | 328,713 |
Sharqia | 23.1 | 6,485,412 | 4,987,707 | 1,497,705 |
Suhaj | 21.4 | 4,603,861 | 3,618,543 | 985,318 |
Sinai Selatan | 51.1 | 167,426 | 81,924 | 85,502 |
Suez | 100.0 | 622,859 | 0 | 622,859 |
Jumlah | 42.7 | 87,963,276 | 50,384,188 | 37,579,088 |
Data diambil dari CAPMAS:[11] Maklumat untuk populasi dalam ribuan, kepadatan pop - orang/km2 dan keluasan adalah dalam km2.
Kegabenoran | Populasi dalam ribu (2014-07-01) | Kepadatan Pop. (Kawasan Berpenghuni) | Kepadatan Pop. (Keluasan keseluruhan) | % Berpenghuni dengan Keseluruhan | Keluasan berpenghuni | Total Area |
---|---|---|---|---|---|---|
Iskandariah | 4,761 | 2,841.5 | 2,070.0 | 72.8 | 1,675.50 | 2,300.00 |
Aswan | 1,412 | 13,477.1 | 22.5 | 0.2 | 104.77 | 62,726.00 |
Asyut | 4,181 | 2,656.3 | 161.3 | 6.1 | 1,574.00 | 25,926.00 |
Beheira | 5,720 | 806.3 | 582.1 | 72.2 | 7,093.84 | 9,826.00 |
Beni Suef | 2,812 | 2,053.4 | 256.7 | 12.5 | 1,369.41 | 10,954.00 |
Kaherah | 9,184 | 48,235.3 | 2,976.8 | 6.2 | 190.40 | 3,085.12 |
Dakahlia | 5,881 | 1,662.1 | 1,662.1 | 100.0 | 3,538.23 | 3,538.23 |
Damietta | 1,316 | 1,968.7 | 1,445.7 | 73.4 | 668.47 | 910.26 |
Faiyum | 3,118 | 1,680.0 | 513.8 | 30.6 | 1,856.00 | 6,068.00 |
Gharbia | 4,698 | 2,418.7 | 2,418.7 | 100.0 | 1,942.34 | 1,942.34 |
Giza | 7,487 | 6,286.3 | 567.9 | 9.0 | 1,191.00 | 13,184.00 |
Ismailia | 1,162 | 229.3 | 229.3 | 100.0 | 5,066.97 | 5,066.97 |
Kafr El Sheikh | 3,132 | 903.5 | 903.5 | 100.0 | 3,466.69 | 3,466.69 |
Luxor | 1,132 | 4,992.7 | 469.8 | 9.4 | 226.73 | 2,409.68 |
Matruh | 437 | 111.4 | 2.6 | 2.4 | 3,921.40 | 166,563.00 |
Minya | 5,076 | 2,104.8 | 157.3 | 7.5 | 2,411.65 | 32,279.00 |
Monufia | 3,890 | 1,596.9 | 1,556.6 | 97.5 | 2,435.93 | 2,499.00 |
Lembah Baharu | 222 | 205.1 | 0.5 | 0.2 | 1,082.24 | 440,098.00 |
Sinai Utara | 428 | 203.7 | 14.8 | 7.2 | 2,100.84 | 28,992.00 |
Port Said | 660 | 499.7 | 490.7 | 98.2 | 1,320.68 | 1,344.96 |
Qalyubia | 5,044 | 4,702.1 | 4,486.4 | 95.4 | 1,072.72 | 1,124.28 |
Qena | 3,001 | 1,724.1 | 277.9 | 16.1 | 1,740.63 | 10,798.00 |
Laut Merah | 341 | 4,794.0 | 2.9 | 0.1 | 71.13 | 119,099.13 |
Sharqia | 6,402 | 1,343.7 | 1,303.6 | 97.0 | 4,764.28 | 4,911.00 |
Suhaj | 4,536 | 2,845.8 | 411.5 | 14.5 | 1,593.92 | 11,022.00 |
Sinai Selatan | 166 | 9.9 | 5.3 | 53.7 | 16,791.00 | 31,272.00 |
Suez | 615 | 68.3 | 68.3 | 100.0 | 9,002.21 | 9,002.21 |
Total | 86,814 | 1109.1 | 85.9 | 7.8 | 78272.98 | 1010407.87 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.