From Wikipedia, the free encyclopedia
Pemanduan merupakan pengendalian terkawal serta pergerakan kenderaan darat, seperti kereta, lori dan bas.
Walaupun pengendalian basikal, motosikal dan haiwan lazimnya dirujuk sebagai tunggangan, pengendali kenderaan tersebut juga dianggap sebagai pemandu di sisi undang-undang serta wajib mematuhi peraturan jalan raya.
Pamanduan jarak jauh pertama di dunia melalui kereta[1] bertempat di Jerman pada Ogos 1888 semasa Bertha Benz, isteri kepada Karl Benz, pencipta kereta bermotor pertama yang dipatenkan (Benz Patent-Motorwagen), memandu dari Mannheim ke Pforzheim[2] (sejauh 60 batu atau 106 km) menaiki kereta eksperimen ketiga Benz (dengan kelajuan maksimum 10 bsj atau 16 km/j) pergi dan balik, bersama-sama dengan anak-anak remajanya Richard dan Eugen tanpa pengetahuan suaminya. Sebab rasminya adalah untuk melawat ibunya tetapi dia secara tidak rasmi berniat untuk menjana publisiti bagi kereta ciptaan suaminya (yang sebelum ini hanya dipandu uji pada jarak dekat), yang betul-betul berjaya setelah kereta diterima secara meluas dan perniagaan kereta keluarga Benz bertambah maju sehinggalah berevolusi kepada apa yang kita kenali sebagai syarikat Mercedes-Benz sekarang.[3] Pada tahun 1899, F. O. Stanley dan isterinya Flora memandu kereta Stanley Steamer mereka, ada kalanya dipanggil lokomobil, mendaki puncak Gunung Washington di New Hampshire di Amerika Syarikat serta menjana publisiti bagi kereta mereka.[4] Perjalanan 7.6 batu itu mengambil masa dua jam (tidak termasuk masa untuk menambah air); mereka menuruni gunung dengan menggunakan gear rendah serta banyak membrek.[4]
Keupayaan pemanduan kenderaan bermaksud hantaran kuasa yang lancar, seperti yang dikehendaki pemandu. Sebab-sebab utama keupayaan pemanduan terjejas adalah kelajuan melahu yang kasar, salah cetusan, luruan, tersekat-sekat, atau tidak cukup kuasa.[5]
Memandu di jalan raya lebih daripada sekadar tahu mengendalikan mekanisma kenderaan; ia juga memerlukan pengetahuan tentang bila masanya untuk mengguna pakai peraturan jalan raya (yang mengatur penggunaan dan perkongsian jalan raya yang cekap dan selamat dengan pengguna lain). Seorang pemandu yang berkesan juga mempunyai pemahaman intuisif tentang pengendalian kenderaan asas serta memandu secara berhemah.
Mengenai tugasan fizikan asas yang diperlukan, seseorang pemandu mestilah berupaya untuk mengawal arah, pecutan dan nyahpecutan. Bagi kenderaan bermotor tugasan lebih lanjut termasuklah: [6]
Mengelak atau mengendalikan situasi pemanduan kecemasan dengan jayanya boleh melibatkan kemahiran berikut: [7]
Gangguan boleh menjejaskan kemahiran mental pemandu. Satu kajian mengenai telefon bimbit dan keselamatan pemanduan membuat kesimpulan bahawa, setelah mengawal kesukaran pemanduan dan masa pada tugasan, pemandu yang menggunakan telefon bimbit menunjukkan kejejasan yang lebih teruk daripada pemandu mabuk.[8]
Satu lagi kajian menunjukkan bahawa muzik boleh memberi kesan terhadap penumpuan pemandu.[9]
Seseorang pemandu tertekluk kepada undang-undang dan peraturan negara di mana dia memandu. Peraturan jalan raya, pelesenan memandu serta nombor plet kenderaan yang digunakan berbeza mengikut negara, termasuklah undang-undang berkenaan tanggungjawab penjenayah kerana memandu secara melulu, pemeriksaan kenderaan serta insurans kenderaan wajib. Kebanyakan negara juga mempunyai undang-undang berbeza bagi menangani pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Kebanyakan negara memerlukan individu yang mahu memiliki atau memperbaharui lesen memandu[10] untuk menjalani ujian saringan penglihatan.[perlu rujukan] Satu reviu sistematik 2010[11] mendapati tidak cukup bukti untuk menilai kesan ujian penglihatan terhadap pengurangan kemalangan jalan raya. Reviu tersebut membuat kesimpulan bahawa terdapat keperluan untuk membangunkan peralatan ujian saringan penglihatan yang sah dan boleh diharap yang boleh menjangka prestasi pemanduan.
Pemandu di seluruh dunia perlu menghadiri kelas memandu dengan jurulatih bertauliah serta lulus ujian memandu sebelum layak memperoleh lesen. Hampir kesemua negara membenarkan kesemua pemandu dengan penglihatan yang bagus untuk memohon dan mengambil ujian memandu dan, jika lulus, memandu di atas jalan raya awam. Arab Saudi pula melarang wanita daripada memandu sebarang kenderaan (termasuklah basikal) di atas jalan raya awam. Wanita Arab Saudi sering mengadakan protes pemanduan bagi menentang peraturan tersebut.
Di kebanyakan negara, walaupun setelah lulus ujian memandu, pemandu baharu mungkin akan dikenakan beberapa sekatan. Misalnya, di Malaysia, pemandu baharu wajib menampal pelekat "P" ("percubaan"), serta mempunyai had markah demerit maksimum yang menyebabkan lesennya dibatalkan sekiranya melebihi markah tersebut, di mana markah demerit diberi mengikut kesalahan trafik yang dilakukan mengikut sistem KEJARA; pemandu yang akur layak untuk menukar lesen Percubaan kepada lesen kompeten selepas dua tahun.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.