From Wikipedia, the free encyclopedia
Pekali Pasukan Kebangsaan UEFA adalah sebuah statistik yang dipergunakan untuk Kedudukan pasukan di peringkat antara kelab dan antara negara. Pekali dikira oleh UEFA sendiri, sebagai pihak berkuasa yang rasmi untuk bola sepak Eropah.
Pekali ini terbahagi dalam tiga jenis:
Pekali pasukan kebangsaan UEFA masing-masing berasal dari keputusan pasukan nasional sepak bola Eropah, dan hanya dikira oleh UEFA setiap dua tahun sekali pada bulan November.
Tujuan bagi pekali ini adalah UEFA boleh menentukan pasukan negara mana yang masuk status pilihan untuk undian pusingan kelayakan sehingga pusingan akhir Euro. Dengan melaksanakan pekali UEFA dalam sebuah cabutan, pasukan-pasukan besar akan saling mengelak di babak kelayakan. Namun untuk Piala Dunia, pekali UEFA tidak lagi terpakai, melainkan Kedudukan FIFA.
Sebelum Euro 2008, pekali ini hanya ditentukan melalui keputusan yang diraup pasukan ne.gara Caranya dengan membahagikan jumlah perolehan mata yang diraih (tiga mata untuk kemenangan, satu untuk keputusan seri) dengan jumlah perlawanan yang dimainkan dalam dua babak kelayakan bagi Piala Dunia atau Piala Eropah. Hasil bagi pusingan perlawanan-penentuan tidak dikira. Untuk beberapa pasukan, hanya satu babak kelayakan yang dikira, apabila mereka tuan rumah dalam satu bagi dua perlawanan terakhir.
Kaedah seperti ini diubah selepas Euro 2008, di mana sebuah pasukan memperoleh mata bagi setiap perlawanan dalam lima kelayakan kejohanan akhir atau pusingan akhir Piala Dunia atau Piala Eropah.[1][2][3]
Berikut penentuan perolehan mata:
Pekali liga digunakan untuk tujuan Kedudukan liga-liga Eropah, sekaligus menentukan jumlah kelab yang mengambil bahagian di Liga Juara-Juara dan Liga Eropah. Pekali kumpulan dikira berdasarkan keputusan yang diraih kelab dalam liga berkenaan di Liga Juara-Juara dan Liga Eropah bagi lima musim akhir.
Untuk pusingan-pusingan awal di Liga Juara-Juara dan Liga Eropah, jumlah mata yang diperolehi kelab-kelab bagi liga berkenaan dibagi dua, dan diberikan mata bonus untuk:
Pekali kelab ditentukan melalui keputusan-keputusan yang diraih kelab di Liga Juara-Juara dan Liga Eropah selama lima musim akhir. Pekali ini merangkumi 20% pekali liga ditambah jumlah mata yang diraih kelab selama lima musim akhir.[4][5]
Kelab meraih dua mata untuk setiap kemenangan dan satu mata untuk keputusan seri. Penyertaan di peringkat kumpulan mendapat empat mata. Kemudian untuk setiap pusingan kalah mati yang dicapai di Liga Juara-Juara, atau suku akhir dan seterusnya di Liga Eropah, diberikan tambahan satu mata.
Untuk Kedudukan pasukan, keputusan di pusingan kelayakan tidak dikira, dan mengikuti sistem perolehan mata sebagai berikut:[4]
Pusingan | Perolehan mata | |
---|---|---|
Liga Juara-Juara | Liga Eropah | |
Pusingan 1 | 0.5 | 0.25 |
Pusingan 2 | 1 | 0.5 |
Pusingan 3 | – | 1 |
Pusingan 4 | – | 1.5 |
Pusingan kalah mati | – | 2 |
Mata kelayakan di atas tidak terkumpul. Pusingan ketiga dan keempat kelayakan Liga Juara-Juara tidak ada perolehan mata kerana pasukan yang kalah akan masuk pusingan seterusnya di Liga Eropah. Kelab yang layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara sudah diberikan mata bonus (lihat di atas). Dua mata di peringkat kumpulan Liga Europa adalah sebuah minimum dan tidak akan ditambah ke jumlah mata yang diraih pada peringkat kumpulan. Kesimpulannya, semua pasukan yang mengambil bahagian sekurang-kurangnya mendapat mata di pusingan kelayakan atau mata bonus.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.