![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f8/Patrick_Wilson_MFF_2016.jpg/640px-Patrick_Wilson_MFF_2016.jpg&w=640&q=50)
Patrick Wilson (pelakon Amerika Syarikat)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Patrick Joseph Wilson (lahir 3 Julai 1973) merupakan seorang pelakon dan pengarah Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1995, membintangi muzikal Broadway . Beliau pernah dicalonkan sebanyak dua kali dalam Anugerah Tony untuk wataknya dalam The Full Monty (2000–2001) dan Oklahoma! (2002). Beliau turut pernah membintangi dalam siri mini HBO yang terkenal, Angels in America (2003), yang mana beliau telah dicalonkan untuk kedua-dua Anugerah Golden Globe dan Anugerah Emmy Primetime untuk Pelakon Pembantu Cemerlang dalam Miniseries atau Filem .
Patrick Wilson | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | (1973-07-03) 3 Julai 1973 (umur 50) Norfolk, Virginia, A.S. |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1995–kini |
Pasangan | Dagmara Domińczyk (k. 2005) |
Anak-anak | 2 |
Wilson juga pernah muncul dalam filem seperti The Phantom of the Opera (2004), Hard Candy (2005), Little Children (2006), Watchmen (2009), Insidious (2010), The A-Team (2010), Insidious: Chapter 2 (2013), dan sebagai ahli demonologi Ed Warren dalam Conjuring Universe (2013–sekarang). Beliau telah mendapat reputasi sebagai "raja jeritan" kerana kerap berlakon dalam filem seram. [1] [2]
Menerusi televisyen, Wilson membintangi siri drama CBS A Gifted Man (2011–2012) dan sebagai Lou Solverson dalam musim kedua siri antologi FX Fargo (2015), yang mana beliau menerima pencalonan kedua Anugerah Golden Globe. Dalam DC Extended Universe, beliau membawakan watak Orm Marius / Ocean Master dalam filem adiwira Aquaman (2018) dan menyumbangkan suara Presiden AS dalam Batman v Superman: Dawn of Justice (2016).