Aquaman (filem)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Aquaman adalah sebuah filem adiwira Amerika Syarikat tahun 2018 arahan James Wan dan diedarkan oleh Warner Bros. Entertainment. Ia berdasarkan watak senama daripada terbitan DC Comics serta merupakan filem keenam dalam francais sinema DC Extended Universe (DCEU). Filem ini disutradarai oleh David Leslie, Johnson-McGoldrick dan Will Beall berdasarkan kisah yang ditulis oleh Geoff Johns, Wan dan Beall; ia dibintangi Jason Momoa sebagai watak utama serta diiringi Amber Heard, Willem Dafoe, Patrick Wilson, Dolph Lundgren, Yahya Abdul-Mateen II dan Nicole Kidman. Ini adalah filem ketiga yang menampilkan Aquaman selepas Batman v Superman: Dawn of Justice (2016) dan Justice League (2017). Dalam filem itu, Aquaman mengetahui bahawa dia adalah pewaris sah kepada kerajaan Atlantis di bawah air dan harus maju ke hadapan untuk memimpin rakyatnya berbanding dengan adiknya, Orm, yang berhasrat untuk menyatukan tujuh kerajaan bawah laut dan membentuk Ocean Master bagi melawan penduduk dunia di atas air.
Aquaman | |
---|---|
Pengarah | James Wan |
Lakon layar |
|
Cerita oleh |
|
Berdasarkan | Aquaman oleh Paul Norris |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Don Burgess |
Disunting oleh | Kirk Morri |
Muzik oleh | Rupert Gregson-Williams |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Warner Bros. Entertainment |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 143 minit[3] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | $160–200 juta[4][5] |
Pecah panggung | $1.148 billion[6] |
Perancangan filem Aquaman bermula pada tahun 2004 tetapi ia berlanjutan sehingga bulan Ogos 2014, Beall dan Kurt Johnstad telah diupah untuk menulis dua skrip dan dipilih selepas diumumkan secara rasmi pada Oktober 2014. James Wan menandatangani kontrak sebagai pengarah pada April 2015 dan pada Julai 2016 diumumkan bahawa filem itu akan bergerak ke hadapan dengan lakon layar oleh Beall, walaupun Wan, Johnstad, Johns dan Johnson-McGoldrick semua melakukan penulis skrip bersama. Pelakon utama disahkan menjelang 2016 dan awal tahun 2017. Fotografi utama bermula di Australia pada 2 Mei 2017. Kebanyakan filem ditembak di Village Roadshow Studios di Gold Coast, Queensland (dengan adegan penembak meriam ditembak di kampung pesisir New South Wales dari Hastings Point), dengan beberapa sesi pengambaran juga diadakan di beberapa lokasi seperti di Kanada, Itali dan Maghribi. Penggambaran disahkan berakhir pada 21 Oktober 2017.
Filem ini ditayangkan pertama kali di London pada 26 November 2018, dan dikeluarkan secara sah di Amerika Syarikat dalam format Real D 3D, Dolby Cinema, IMAX dan IMAX 3D pada 21 Disember 2018. Filem ini menyumbang lebih dari $1.1 bilion hasil kutipan di seluruh dunia, dan menjadikan ia filem yang mendapat keuntungan tertinggi - filem DCEU serta filem paling laris berdasarkan komik DC Comics, melampaui The Dark Knight Rises; ia juga merupakan filem kelima paling laris pada tahun 2018 dan ke-20 tertinggi sepanjang masa. Ia mendapat pujian dari para pengkritik seoerti kesan bunyi yang mencabar dan arahan yang mantap di bawah Wan tetapi menerima kritikan dari aspek dialog, masa keseluruhan tayangan dan plot penceritaan yang agak rumit untuk difahami dengan lebih mudah. Sekuel Aquama akan ditetapkan untuk dikeluarkan secara rasmi pada 16 Disember 2022, dan filem spin-off, The Trench, juga masih di dalam perbincangan dan pembangunan.