From Wikipedia, the free encyclopedia
Pari (Jawi: ڤاري) atau Tohok (Jawi: توهوق) ialah buruj terkecil tetapi antara yang paling terkemuka daripada 88 buah buruj moden. Ia menonjol kerana rupa asterismenya; ia mirip suatu palang atau salib pada asasnya lalu memberi nama saintifik antarabangsa diberi iaitu Crux (Cru) kerana terletak jauh di langit selatan sebagai Palang Selatan atau Salib Selatan. Sungguhpun boleh dilihat oleh orang Yunani Purba, buruj ini dilihat sebagai sebahagian daripada buruj Centaurus (Sentaur), dan tidak ditakrifkan atau dipetakan dengan tepat sehingga abad ke-16.
Crux | |
---|---|
Buruj | |
Nama Latin | Crux |
Singkatan | Cru |
Genitif | Crucis |
Sebutan | /kruks/, genitif /krusis/ |
Simbolisme | Palang Selatan |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
12.5 | |
Keserongan | −60 |
Sukuan | SQ3 |
Keluarga | Herkules |
Keluasan | 68 darjah persegi (ke-88) |
Bintang | |
Bintang utama | 4 |
Bintang Bayer/Flamsteed | 19 |
Bintang dengan planet | 2 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 5 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 0 |
Bintang paling terang | Acrux (α Cru) (0.87m) |
Bintang terhampir | η Cru (64.22 tc, 19.69 pc) |
Objek | |
Objek Messier | 0 |
Pancuran meteor | Pancuran Pari |
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +20° dan −90°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Mei. | |
sunting |
Dikenali sebagai Acrux, Alpha Crucis biru-putih ialah bintang tercerah buruj ini dan bintang bawah bagi palang. Yang hampir-hampir secerahnya ialah Beta dan Gamma, sementara Delta dan Epsilon membentuk asterisme. Banyak bintang lebih cerah dalam buruj ini merupakan anggota Sekutuan Kala–Sentaur, sekelompok longgar bagi bintang-bintang biru-putih panas yang kelihatan mengongsi asal usul dan pergerakan sepunya di sepanjang Bimasakti. Kedua-dua sistem bintang telah ditemui mempunyai planet. Buruj ini juga mengandungi empat buah bintang berubah Cepheid yang boleh dilihat dengan mata kasar dengan keadaan optimum. Crux juga mengandungi Peti Permata, sebuah gugusan terbuka cerah, dan Nebula Karung Hitam, nebula gelap paling prominen di langit.
Ia dikenali dengan nama Buruj Pari di Sumatera dan Semenanjung Malaysia sempena rupa ia menyerupai ikan pari,[1][2] Tohok pula kerana ia mirip "ikan tohok" atau ikan tenggiri.[1]
Orang-orang Jawa dan Bugis mengenal rasi ini sebagai "gubuk/rumah miring" (bahasa Jawa: ꦒꦸꦧꦸꦒ꧀ꦥꦺꦚ꧀ꦕꦺꦁ Gubug Pèncèng, bahasa Bugis: Bola képpang atau Boyang képpang).[3] Nama lain yang dipakai orang Bugis adalah tobalu ("janda", terkait dengan legenda). Orang Bajau di perairan selatan Sulawesi mengenalnya sebagai Lalajah.[2]
Bintang-bintang yang berada pada rasi ini adalah:
Nama | Nama lain | Jarak (dalam t.c) |
---|---|---|
β Cru | Mimosa (bahasa Latin, "peniru")[4], Becrux (Beta Crux) | 353[5] |
α1 Cru | Acrux (Alpha Crux), | 321 |
γ Cru A | Gacrux (Gamma Crux), Rubídea ("kemerahan")[6] | bintang utama: 88
bintang kedua: 264 |
δ Cru | Pálida (bahasa Portugis, "pucat")[6] | 345[5] |
ε Cru | Intrometida (bahasa Portugis, "rasa ingin tahu")[6] | 228 |
γ Crucis merupakan antara bintang gergasi merah terdekat yang boleh dicapai dari Bumi.
Pemerhatian buruj ini oleh masyarakat Jawa di langit timur pada awal malam menandakan mulanya mengisi padi dituai ke dalam simpanan lumbung; maka buruj ini turut diberi nama Lintang Lumbung (bahasa Jawa: ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁꦭꦸꦩ꧀ꦧꦸꦁ).[2][7]
Masyarakat-masyarakat Hemisfera Selatan menggunakan buruj ini sebagai penunjuk arah selatan di mana 4 1⁄2 kali jarak γ Crucis ke α Crucis boleh menuju ke titik berhampiran Kutub Selatan sebenar di Bumi.[5] Kepentingan ini mendorong banyak negara di belah bumi ini memaparkan buruj tersebut pada bendera-bendera dikibarkan termasuk Australia, New Zealand dan Samoa. Begitu juga dengan masyarakat Bugis yang khusus berpandukan dua-dua bintang ini serta β Crucis, δ Crucis dan μ Crucis[3] serta orang Bajau.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.