Pantang larang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pantang larang atau tabu (bahasa Inggeris: taboocode: en is deprecated dipinjam dari Bahasa Samoa: tapu) merupakan larangan keras terhadap suatu tindakan berdasarkan kepercayaan bahawa tindakan sedemikian terlalu suci atau terlalu terkutuk untuk dilakukan oleh orang biasa, dengan ugutan hukuman oleh kuasa ghaib.[1][2] Larangan-larangan sedemikian wujud dalam rata-rata semua masyarakat.[1] Erti pantang larang juga sedikit sebanyak diluaskan dalam bidang sains sosial untuk memaksudkan larangan keras terhadap sebarang bidang kegiatan manusia atau adat yang suci atau terlarang berasaskan penilaian akhlak dan kepercayaan agama. "Melanggar pantang larang" itu lazimnya dikecam oleh masyarakat pada umumnya, tidak sekadar sebahagian dalam budaya.