From Wikipedia, the free encyclopedia
Seksisme selalunya merujuk kepada diskriminasi atau kebencian terhadap orang berdasarkan jantina mereka atau apa jua yang berkaitan dengan jantina seseorang.
Seksisme boleh merujuk kepada perbezaan kepercayaan atau sikap yang: sesuatu jantina lebih rendah atau lebih tinggi dari jantina yang lain (seperti cauvinis lelaki atau perempuan); kebencian atau ketidakpercayaan kepada jantina yang lain; memaksakan stereotaip kelekakian ke atas lelaki atau keperempuanan ke atas perempuan.[1]
Seksisme dalam pekerjaan merujuk kepada apa saja diskriminasi dalam amalan, kenyataan, tindakan dan sebagainya. Satu bentuk seksisme dalam pekerjaan adalah diskriminasi upah.
Jurang jantina (atau jurang upah jantina) adalah istilah yang merujuk kepada perbezaan yang wujud dalam bayaran antara lelaki dan wanita. Jurang jantina ada didokumentasikan tetapi satu fenomena yang sering disanggah. Walaupun terdapat sedikit perdebatan sama ada wanita mendapat lebih rendah dari lelaki, jumlah tepat pendapatan wanita berbanding lelaki masih diperdebatkan.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.