From Wikipedia, the free encyclopedia
Pancetta [panˈt͡ʃetːta, pan-cét-ta] ialah sejenis dendeng khinzir dari Itali yang dibuat menggunakan daging perut khinzir yang diawetgaramkan. Panceta selalunya, di Itali, digunakan untuk menambah rasa ke dalam sup dan pasta.[1]
Jika digunakan dalam masakan, ia selalunya dipotong dalam bentuk dadu (cubetti di pancetta).[2] Di Itali, daging ini biasanya dimasak dahulu sebelum dihidang sejuk, dipotong halus dan dimakan begitu sahaja. Ia juga boleh digunakan dalam pasta carbonara, namun guanciale (sejenis potongan daging yang diperbuat daripada pipi khinzir) lebih dipakai secara tradisional.[3]
Dua jenis pancetta yang asas ialah arrotolata (gulung) dan stesa (leper). Arrotolata, yang diasinkan, biasanya dihiris menjadi kepingan nipis dan dimakan mentah sebagai antipasto ataupun sebagai bahan dalam sandwic; stesa biasanya dipotong untuk dijadikan bahan masakan dalam pelbagai resipi, atau dipotong menjadi kepingan tebal, lalu dipanggang. Ada versi arrotolata di mana capicola diletak di tengah-tengah gulung pancetta (pancetta coppata).
Jenis yang bergulung biasa didapati di utara Itali,[4] manakala yang leper boleh didapati di tengah dan selatan Itali.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.