From Wikipedia, the free encyclopedia
Orang Thai (juga dieja: Tai, Bahasa Thai: ชาวไทย chao Thai) atau orang Siam[lower-alpha 2] (bahasa Thai: ชาวสยาม, chao sayam) ialah etnik utama di Thailand dan merupakan sebahagian daripada orang etnolinguistik Tai yang didapati bertumpu di barat daya rantau Indochina di Asia Tenggara serta di selatan tanah besar Cina. Mereka utama menuturkan bahasa Thai sebahagian daripada rumpun Tai-Kadai, kebanyakan mereka menganut agama Buddha aliran Theravada.[27]
คนไทย คนสยาม | |
---|---|
Jumlah penduduk | |
s. 52–59 juta[lower-alpha 1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Thailand | |
kira-kira 48,500,000 (termasuk 21,000,000 penutur bahasa Isan) | |
s. 1.1 million | |
Amerika Syarikat | 328,176 (2022)[1] |
Korea Selatan | 185,389[2] (2018) |
Jerman | 115,000[3] (2020) |
Australia | 81,850[4] (2019) |
Templat:Country data Republic of China (Taiwan) | 64,922[5] (2018) |
Jepun | 61,771 (December 2023)[6] |
Malaysia | 51,000–70,000[7][8] (2012) |
Singapura | 47,700[7] (2012) |
United Kingdom | 45,000[9] (2018) |
Sweden | 44,339[10] (2019) |
Perancis | 30,000 (2012)[7] |
Israel | 22,275[15] (2021)[7] (2011) |
Libya | 24,600[7] (2011) |
Indonesia | 24,000[11] (2020) |
Kanada | 22,275[12] (2021) |
Arab Saudi | 16,000[13] (2020) |
Hong Kong | 15,000[14] |
Emiriah Arab Bersatu | 14,232[10] (2012)[15] (2015) |
Rusia | 14,087[19] (2015)[7] (2012) |
Finland | 13,687[20] (2019)[16] (2015) |
Belgium | 12,952 (2019)[21][17] (2019) |
Denmark | 12,947[22] (2020)[18] |
Sweden | 11,244 (2004)[19] (2020) |
New Zealand | 10,251 (born), c. 50,000 (ancestry)[24] (2018)[20] (2016) |
Jepun | 10,000[7] (2012) |
Switzerland | 9,058[25] (2015)[21] (2018) |
Republik Rakyat China | 8,618[10] (2012)[22] (2015) |
Itali | 5,766[26] (2016)[7] (2012) |
Brunei | 5,466[10] (2012)[23] (2016) |
Kuwait | 5,000[7] (2012) |
Austria | 3,773[10] (2012)[7] (2012) |
India | 3,715[10] (2012)[7] (2012) |
Afrika Selatan | 3,500[10] (2012)[7] (2012) |
Qatar | 2,500[10] (2012)[7] (2012) |
Bahrain | 2,424[7] (2012) |
Mesir | 2,331[10] (2012)[7] (2012) |
Brazil | 2,051[27] (2022)[7] (2012) |
Filipina | 2,000[24] (2022) |
Portugal | 1,977[25] |
Sepanyol | 1,400 |
Makau | 900 |
Colombia | 74 |
Bahasa | |
Thai | |
Agama | |
Theravada Buddhisme | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Lao, Shan, Ahom, orang Tai lain |
Dalam rantau penutur bahasa Melayu Nusantara, etnik ini paling banyak didapati di utara Semenanjung Melayu di mana masyarakat ini wujud hasil perpindahan jelata kerajaan Siam melarikan diri dari peperangan dicetuskan Raja Taksin ke atas Nakhon Si Thammarat diperintah Nakhon Nu pada 1772 menuju ke negeri-negeri Perlis, Kedah dan Kelantan terangkum dalam Tanah Melayu (kemudiannya Malaysia) meminta perlindungan raja-raja Melayu sana.[26]
Sejarah awal orang Thai ialah sebagai satu bangsa dari selatan China dipanggil NAN-JOA (Nanzhao atau Nanman), daripada rekod Cina dalam abad keenam SM. Orang Thai awal ini adalah dari Yunnan dan bertebaran ke beberapa daerah di Thailand, Kemboja, Vietnam dan Laos. Orang-orang Thai tiba dalam beberapa gelombang dan menggantikan penduduk Mon dan Khmer sebagai penduduk utama di daerah Thailand semasa zaman Sung China sekitar 960 Masihi. Orang Lao yang berkait berpisah daripada orang Tai-Kadai awal dan bergerak ke Asia Tenggara, terutamanya Laos, manakala suku Thai yang lain, bangsa Shan, bergerak ke Myanmar.
Penubuhan kerajaan Sukhothai pada tahun 1238 ialah kemuncak kejayaan pertama bangsa Thai. Sebelum dimusnahkan oleh kerajaan Ayutthaya yang mendapat sokongan daripada Mongol India dan Mongol di China atau Manchuria. Kemudian dikembalikan kepada Thai oleh usaha yang dilakukan oleh dinasti Chakri 1768.
Majoriti bangsa Thai mendiami Thailand dan Laos. Walaupun begitu, bangsa Thai boleh juga ditemui di negara lain di Asia Tenggara. Hampir 50 juta mendiami di Thailand [28], manakala ribuan lagi di Taiwan, Singapura, Malaysia, Kemboja, Myanmar, Laos, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat.
Bangsa Thai boleh dibahagiakan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan kepada Thai utama, timur laut, utara dan selatan dengan setiapnya mempunyai dialek sendiri bagi bahasa Thai, namun masih boleh difahami yang lain. Kini, Bahasa Bangsa Thai utama telah menjadi bahasa rasmi dan menjadi dominan akibat dasar rasmi kerajaan yang cuba mengasimilasi dan menyatukan bangsa Thai, walaupun ia boleh mengakibatkan bahasa Melayu Patani, Khmer dan lain-lain bahasa etnik di Thai menjadi hilang. Penulisan bahasa Thai menggunakan abjad Thai yang dibangunkan tidak lama selepas penaklukan Angkor, yang menandakan ia berasal daripada tulisan Khmer.
Orang Thai kini kebanyakannya penganut Buddhisme Theravada dan kuat mengaitkan identiti etnik mereka dengan kepercayaan agama yang termasuk pemujaan nenek moyang (lihat budaya Thailand). Sesetengah bahasa Thai dipinjam daripada Sanskrit yang asasnya dipinjam melalui budaya Khmer dan Mon, sementara dari segi etnik bangsa Thai berkaitan dengan selatan China. Budaya setempat termasuklah Tomoi (Muay Thai), tarian Thai dan Nang Yai (wayang kulit). Masakan Thai pula agak bersifat eklektik dan merupakan pengaruh daripada negara jiran Burma, Laos dan Kemboja.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.