From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Berbahagia Dato’ Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin (lahir 25 Julai 1959) adalah isteri kepada Almarhum Yang Teramat Mulia Raja Ashman Shah yang juga merupakan anakanda kepada Sultan Perak ke-34, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Almarhum Raja Ashman Shah telah dilantik sebagai Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak pada 16 Mac 2010 sehingga kemangkatannya pada 30 Mac 2012.
Noraini Jane | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Berbahagia Dato’ Seri | |||||
Keputeraan | Noraini Jane binti Kamarul Ariffin 25 Julai 1959 | ||||
Pasangan | Raja Ashman Shah (k. 1991; m. 2012) | ||||
Anakanda | YM Raja Eminah Alliyah YTM Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (Raja Kecil Sulong Perak) YM Raja Bainunisa Safia | ||||
| |||||
Ayahanda | Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin | ||||
Pekerjaan | Pelakon |
Beliau adalah anak perempuan kepada Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin. Beliau memiliki raut wajah pan-asian kerana ibunya merupakan warganegara Australia yang berketurunan Inggeris.
Beliau telah mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara dan Garden International School, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Dato' Seri Noraini Jane telah melangsungkan perkahwinan dengan Raja Ashman Shah pada 26 September 1991. Suaminya mangkat pada 30 Mac 2012 di rumah mereka di Jalan Setia Kasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur akibat serangan asma.[1]
Dato’ Seri Noraini Jane pernah berlakon dalam filem Jasmin 1984 dan 1986 serta mendapat pencalonan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik 1986. Filem ini juga merupakan arahan bapanya Tan Sri Kamarul Arrifin selaku pengarah dan lakon layar.
Dato' Seri Noraini juga merupakan pemilik tadika Jasmin Kindergarten di Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan penulis buku "Corak : Patterns and Proverbs of Nature".
Beliau memiliki tiga orang anakanda bersama suami, Raja Ashman Shah:
Gelaran hormat bagi Dato' Seri Noraini Jane | |
Gaya panggilan | Yang Berbahagia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Berbahagia |
Gaya pilihan | Dato' Seri |
Nama penuh berserta gelaran rasmi beliau ialah:
Yang Berbahagia Dato' Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin, D.K.A. II, S.P.C.M.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.