From Wikipedia, the free encyclopedia
Avram Noam Chomsky (IPA: [noʊm ˈtʃɑmski]; lahir 7 Disember 1928) ialah seorang ahli linguistik, ahli falsafah,[2][3][4] saintis kognitif, aktivis politik, pengarang dan pensyarah berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang Institute Professor emeritus dan profesor emeritus linguistik di Institut Teknologi Massachusetts.[5] Chomsky terkenal dalam bidang saintifik dan akademik selaku bapa linguistik moden.[6][7] Sejak 1960-an, beliau makin dikenali sebagai seorang penentang politik, penyokong anarkisme,[8] dan seorang cendekiawan sosialisme libertarian.
Noam Chomsky | |
---|---|
Zaman | Falsafah abad ke-20 / ke-21 |
Aliran | Linguistik, Analitis |
Minat utama | Linguistik · Psikologi Falsafah bahasa Falsafah minda Politik · Etika |
Idea penting | Tatabahasa generasi, tatabahasa sejagat, tatabahasa transformasi, kerajaan dan ikatan, teori X-bar, hierarki Chomsky, tatabahasa bebas konteks, prinsip dan parameter, program minimalis, alat pemerolehan bahasa, ketandusan stimulus, Bentuk Normal Chomsky, model propaganda[1] |
Alma mater | Universiti Pennsylvania (BA 1949, MA 1951, Ph.D 1955) |
Dipengaruhi
| |
Mempengaruhi
|
Pada zaman 1950-an, Chomsky mula mengembangkan teori tatabahasa generatif beliau yang melalui berkali-kali semakan serta membawa pengaruh yang mendalam terhadap bidang linguistik. Dalam bidang itu, beliau disifatkan sebagai "perwira ibarat Homeros yang benar-benar tergolong dalam dewata ahli fikir terunggul di negara kita (Amerika Syarikat), dengan segala kuasa-kuasa dan sifat-sifatnya. Mula-mula sekali, kepintaran beliau amat memeranjatkan. Kepantasan, kemampuan, dan kebolehan sintetik daya fikirnya merupakan satu lagenda. Beliau juga ditakdirkan menjadi pemimpin sejak lahir, mampu mengatur sokongan yang membara tanpa kompromi bagi pendirian-pendirian yang dikembangkan atau diterimanya. Selalunya beliau kelihatan begitu bersemangat untuk membentuk linguistik."[9] Beliau juga mengasaskan hierarki Chomsky, iaitu pengelasan bahasa formal dari segi daya generatifnya. Ulasan beliau terhadap Verbal Behavior oleh B. F. Skinner pada tahun 1959 mencabar pendekatan behaviorisme pada kajian perilaku dan bahasa yang dominan ketika itu serta menyumbang kepada revolusi kognitif dalam bidang psikologi. Pendekatan naturalistik[10] beliau kepada kajian bahasa telah mempengaruhi falsafah bahasa dan minda.[11]
Bermula dengan penentangan beliau terhadap Perang Vietnam, Chomsky menjadikan dirinya seorang pembidas utama terhadap dasar luar dan dalam negeri AS. Beliau menggelarkan dirinya sebagai pengikut sosialisme libertarian yang dianggapnya sebagai "peluasan liberalisme klasik yang benar dan semulajadi ke arah zaman masyarakat berindustri yang maju."[12]
Mengikut Indeks Pemetikan Kesenian dan Kemanusiaan pada tahun 1992, Chomsky menjadi sumber yang paling banyak kali dipetik berbanding mana-mana cendekiawan hidup yang lain sepanjang tahun 1980–92, di samping menjadi sumber kelapan paling banyak kali dipetik sepanjang zaman.[13][14][15] Sementara itu, kedudukan beliau selaku pembidas terhebat dalam politik Amerika turut menjadikan dirinya sebagai tokoh yang diselubungi kontroversi.[16]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.