Nissan Kogyo
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nissin Kogyo (日信工業株式会社code: ja is deprecated , Nisshin Kōgyō Kabushiki-gaisha) adalah sebuah jenama peralatan otomotif Jepun yang terkenal terutamanya untuk produk sistem brek kenderaan dan produk aluminium milik Hitachi Astemo. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1953 dan telah disenaraikan di bahagian pertama Bursa Saham Tokyo sehingga Januari 2021. Sehingga Mac tahun 2017, syarikat ini mempunyai pendapatan sebanyak 1.54 bilion dolar dan 9,557 pekerja. Honda Motor Company adalah pemegang saham terbesar, dengan memiliki sebanyak 34.6 peratus daripada keseluruhan jumlah saham.
Nama asli | 日信工業株式会社 |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Brand |
Industri | Automotive |
Ditubuhkan | Oktober 1953; 70 tahun yang lalu (1953-10) |
Ibu pejabat | Tomi City, Nagano, 389-0514, Japan |
Kawasan perkhidmatan | Worldwide |
Tokoh penting | Yasushi Kawaguchi[1] (President and CEO) |
Keluaran |
|
Hasil | JPY 166.8 billion (FY 2016) (US$ 1.54 billion) (FY 2016) |
Pendapatan bersih | JPY 5.3 billion (FY 2016) (US$ 49 million) (FY 2016) |
Bilangan kakitangan | 9,557 (consolidated, as of March 31, 2016) |
Syarikat induk | Hitachi Astemo |
Tapak web | www |
Catatan kaki/rujukan | |
[2][3] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Nissin Kogyo beribu pejabat di Nagano, Jepun dengan kilang pembuatan subsidiari di Ohio, [4] Georgia, di Amerika Syarikat, [5] Mexico,[6] Brazil,[7] India, [8][9] Indonesia, Thailand, Vietnam dan China.[10]
Pada tahun 2016, Nissin Kogyo telah mencipta Sistem Brek Veoneer-Nissin (VNBS), sebuah anak syarikat bersama dengan pengeluar keselamatan automotif Sweden Veoneer. [11]
Pada 30 Oktober 2019, Nissin Kogyo bersama 2 syarikat lain, iaitu Keihin Corporation dan Showa Corporation telah mengumumkan bahawa mereka akan digabungkan dengan Hitachi Automotive Systems untuk menjadi syarikat baharu yang dipanggil Hitachi Astemo.