syarikat Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia
Honda Motor Company, Ltd. (Jepun: 本田技研工業株式会社 , Hepburn: Honda Giken Kōgyō KK, IPA: [honda] ( dengar)) (TYO: 7267 ) ialah sebuah syarikat pengeluaran Automotif Jepun yang ditubuhkan oleh Soichiro Honda pada tahun 1946. Pada awalnya, syarikat ini dikenali sebagai "Institut Penyelidikan Teknik Honda" di Hamamatsu, Jepun, dan dua tahun kemudian nama syarikat bertukar kepada Syarikat Honda Motor.
Nama asli | 本田技研工業株式会社 Honda Giken Kogyo Kabushiki-gaisha |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Syarikat awam |
Didagangkan sebagai | TYO: 7267 NYSE: HMC |
ISIN | JP3854600008 |
Industri | Automotif Penerbangan Telematik |
Ditubuhkan | Hamamatsu, Jepun (24 September 1948 ) |
Pengasas | Soichiro Honda Takeo Fujisawa |
Ibu pejabat | Minato, Tokyo, Jepun |
Kawasan perkhidmatan | Antarabangsa |
Tokoh penting | Takanobu Ito (Presiden, CEO dan Pengarah Wakil) |
Keluaran | Kereta Motosikal Skuters Penjana elektrik Pam air Penyelenggaraan landskap Tiler Bot motor Robot Pesawat jet Enjin jets Sel solar filem nipis Internavi |
Hasil | ▲ ¥9.877 trillion (2013)[1] |
Pendapatan kendalian | ▲ ¥544.8 billion (2013)[1] |
Pendapatan bersih | ▲ ¥367.1 billion (2013)[1] |
Jumlah aset | ▲ ¥11.780 trillion (2012)[2] |
Jumlah ekuiti | ▼ ¥4.402 trillion (2012)[2] |
Pemilik | Japan Trustee Services Bank, The Master Trust Bank of Japan, Chase Bank, Meiji Yasuda Life, Tokio Marine |
Bilangan kakitangan | 179,060 (2012)[3] |
Pembahagian | Honda Motosikal Honda |
Anak syarikat | List
|
Tapak web | world |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada peringkat awal, Honda menumpukan perhatian kepada penyelidikan dan pengeluaran motosikal. Produk awal Honda ialah motosikal 50 cc, dengan setengah kuasa kuda yang dikenali sebagai 'Jenis-A'. Pada waktu itu, penyelidikan Honda sangat dipengaruhi oleh Perang Dunia II di mana petrol sukar diperolehi dan pengangkutan awam sangat tidak efisien akibat peperangan. Honda pernah mengeluarkan bahan bakar sendiri yang diperbuat daripada pokok pinus. Kereta pertama Honda dikeluarkan pada tahun 1963, iaitu kereta dua tempat duduk. Pada masa kini, kenderaan buatan Honda telah menjadi ikon dunia.
Syarikat ini merupakan pengeluar motosikal terbesar dunia sejak 1959[4][5] dengan capaian pengilangan sebanyak 400 unit hujung tahun 2019,[6] serta pengeluar enjin pembakaran dalam terbesar ikut perkiraan dengan lebih 14 juta unit setahun.[7] Honda tidak sahaja menjadi pengeluar automobil kedua terbesar Jepun dari tahun 2001,[8][9] malah juga pengeluar kelapan terbesar dunia tahun 2015.[10]
Sejak usia muda, Soichiro Honda (本田 宗一郎, Honda Sōichirō) memiliki minat besar dalam kenderaan bermotor. Dia bekerja sebagai mekanik di Art Shokai, di mana dia menyetel kereta dan dimasukkan kedalam balapan. Dia kemudian membuka syarikat sendri bernama Tōkai Seiki (東海精機) membuat reka bentuk omboh dan menjualnya ke Toyota; rancangan pertamanya ditolak, dan Soichiro bekerja keras untuk menyempurnakan reka bentuknya sehingga dia kembali melanjutkan pelajarannya serta menggadaikan perhiasan isterinya sebagai jaminan.
Honda memasuki industri automotif setelah Perang Dunia Kedua agak lewat daripada syarikat-syarikat seumpama seperti Toyota dan Nissan.
Jajaran produk global Honda saat ini terdiri dari Jazz, Civic, Accord, Insight, CR-V, CR-Z, Legend dan 2 versi Odyssey berlainan untuk pasaran benua Amerika dan pasaran antarabangsa lain. Fitur dan kelengkapan untuk tiap kenderaan Honda dapat berbeda tergantung kepada kehendak pasaran negara dan kadang hanya ada di kawasan itu saja. Beberapa di antaranya adalah Honda Odyssey dan Ridgeline di Amerika Utara. Beberapa model eksklusif lainnya adalah hatchback Honda Civic 5 pintu di Eropa.
Honda menonjol dengan sedikit perbedaan terhadap cara pengdari pesaingnya. Produknya yang bertahan lama, seperti Accord dan Civic, selalu menggunakan penggerak roda depan, sehingga menjadi tradisi Honda. Honda selalu memasang teknologi ke dalam produk-produknya, pertamanya sebagai kelengkapan pilihan, kemudian menjadi kelengkapan piawai atau standard. Contohnya adalah rem anti terkunci, power steering sensitif kecepatan, dan injeksi bahan api multi-port awal 1980-an. Honda juga meluncurkan jenama mewah Jepun pertama yaitu Acura tahun 1986, kereta sport berbahan aluminium Honda NSX, dan teknologi pengaturan katup yang disebut VTEC.
Civic adalah salah satu kereta kompak yang dikembangkan dan diproduksi oleh Honda. Di Amerika Utara, Civic nama model kereta Jepun tertua kedua, setelah Toyota Corolla yang diperkenalkan tahun 1968.[11] Civic, bersama dengan Accord dan Prelude, adalah kereta-kereta Honda yang dijual di Amerika Utara sampai 1990-an, sampai kemudian kereta-kereta ini dikembangkan. Melalui beberapa generasi, Civic berukuran semakin besar dan pasaran meningkat dan saat ini menempati tempat di antara Jazz dan Accord. Honda juga memproduksi Honda Civic Hybrid, kenderaan elektrik hibrid untuk bersaing dengan Toyota Prius. Produk hibridanya yang lain adalah Insight dan CR-Z.
Segmen trak pikap pertama Honda Ridgeline memenangkan anugerah Truck of the Year dari majalah Motor Trend tahun 2006. Pada tahun itu juga, Civic memenangkan Car of the Year dari majalah itu juga.
Lima dari sepuluh kereta paling efisien dari 1984–2010 menurut Badan Perlindungan Lingkungan Amerika Serikat adalah kereta-kereta Honda, lebih banyak daripada kilang kereta lainnya. Lima model tersebut adalah Honda Insight 2002–2006 dengan 53 mpg‑US atau 4.4 L/100 km atau 64 mpg‑imp, Honda Civic Coupe HF 1986–1987 dengan 46 mpg‑US atau 5.1 L/100 km atau 55 mpg‑imp, 1994–1995 Honda Civic hatchback VX dengan 43 mpg‑US atau 5.5 L/100 km atau 52 mpg‑imp, 2006– Honda Civic Hybrid dengan 42 mpg‑US atau 5.6 L/100 km atau 50 mpg‑imp, dan 2010– Honda Insight dengan 41 mpg‑US atau 5.7 L/100 km atau 49 mpg‑imp.[12] ACEEE juga menyatakan Civic GX sebagai kereta terhijau di Amerika selama tujuh tahun berturut-turut.[13]
Meskipun Honda adalah perusahaan yang memproduksi mesin, namun mereka tak pernah memproduksi mesin V8 untuk kenderaan penumpang. Pada akhir 1990-an, Honda mendapat tekanan dari dealernya di Amerika untuk membuat mesin V8.[14] Honda mulai memperhitungkan untuk membuat mesin V8 di pertengahan 2000-an untuk sedan Acura, kereta sport NSX, dan juga truk dan SUV di pasar Amerika. Program ini ternyata dibatalkan akhir 2008 dengan memperhitungkan aspek lingkungan dan kondisi ekonomi global yang memburuk.[15]
ASIMO merupakan sebahagian dari program kajian dan pengembangan bidang robotik Honda. Program ini dimulai pada tahun 1986 dengan Honda E0 yang kemudian dilanjutkan dengan Honda Seri E dan Honda Seri P. Robot ini direka menyerupai seorang angkawasan berbeg galas dengan berat 54 kilogram dan tinggi 130 sm; ia dapat berjalan seperti manusia dengan kelajuan sampai 6 kilometer sejam. ASIMO adalah satu-satunya robot humanoid yang dapat naik dan turun tangga sendiri.[16]
Honda juga memproduksi pesawat dengan produk HA-420 HondaJet melalui salah satu divisinya yaitu Honda Aircraft Company.
Honda juga memproduksi all-terrain vehicle (ATV).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.