Pemain bola sepak Korea Selatan From Wikipedia, the free encyclopedia
Nam Tae-hee (lahir 3 Julai 1991 di Busan) merupakan seorang pemain bola sepak Korea Selatan yang bermain untuk kelab Qatar, Lekhwiya SC.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Nam Tae-Hee | ||
Tarikh lahir | 3 Julai 1991 | ||
Tempat lahir | Jinju, Korea Selatan | ||
Ketinggian | 1.74 m (5 ka 8 1⁄2 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah / Pemain sayap | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Lekhwiya | ||
Nombor | 10 | ||
Kerjaya remaja | |||
2007–2009 | Sekolah Tinggi Hyundai | ||
2007–2008 | Reading | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2009–2011 | Valenciennes | 37 | (0) |
2012– | Lekhwiya | 68 | (29) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2002–2003 | Korea Selatan B13 | 3 | (0) |
2004–2005 | Korea Selatan B15 | 9 | (0) |
2007–2008 | Korea Selatan B17 | 15 | (2) |
2012 | Korea Selatan B23 | 9 | (2) |
2011– | Korea Selatan | 18 | (2) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19 Disember 2014 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13 Januari 2015 |
Hangul | 남태희 |
---|---|
Hanja | 南泰煕 |
Perumian Semakan | Nam Tae-hui |
McCune–Reischauer | Nam T'aehŭi |
Nam bermain untuk akademi profesional di United Kingdom, Akademi Belia Reading[1] sebelum menandatangani kontrak profesional pada bulan Ogos2008 bersama kelab Perancis, Valenciennes FC.[2] Dia membuat penampilan sulungnya pada 8 Ogos 2009 menentang AS Nancy dan merupakan pemain termuda Asia yang beraksi dalam Ligue 1 ketika berumur 18 tahun.[3]
Ketika musim sejuk 2011-12, Nam bersetuju untuk meninggalkan Ligue 1 untuk menyertai kelab gergasi Qatar, Lekhwiya SC pada 26 Disember 2011.[4]
Nam membuat penampilan sulungnya pada 1 Januari 2012 menentang Al Kharitiyath.[5] Dia menjaringkan gol pertamanya dalam liga menerusi sepakan percuma pada 19 Januari 2012.[6]
Dia membuat penampilan sulung Liga Juara-Juara AFC pada 7 Mac 2012, menjaringkan satu-satunya gol ketika menentang kelab Arab Saudi, Al Ahli.,[7].
Nam telah mewakili Korea Selatan di peringkat B-13, B-15, B-17, B-20 dan B-23.[3] Dia membuat penampilan sulung untuk pasukan senior pada 9 Februari 2011 ketika perlawanan persahabatan menentang Turki.
Nam mewakili Korea Selatan ketika Sukan Olimpik 2012. Dia masuk sebagai pemain gantian ketika Korea menewaskan Jepun dalam perlawanan penentuan pingat gangsa di Stadium Millennium Cardiff.[8]
Pada 22 Disember 2014, Nam dinamakan dalam skuad Korea Selatan untuk Piala Asia AFC 2015 yang diadakan Australia.[9] Dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan, Nam menjaringkan satu-satunya gol Korea ketika menewaskan Kuwait 1–0 untuk mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati.[10]
# | Tarikh | Venue | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 10 Oktober 2014 | Stadium Cheonan | Paraguay | 2–0 | 2–0 | Persahabatan |
2. | 13 Januari 2015 | Stadium Canberra | Kuwait | 1–0 | 1–0 | Piala Asia AFC 2015 |
Sehingga 19 Disember 2014
Prestasi kelab | Liga | Piala | Piala liga | Benua | Jumlah | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Musim | Kelab | Liga | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol |
Perancis | Liga | Coupe de France | Coupe de la Ligue | Eropah | Jumlah | |||||||
2009–10 | Valenciennes FC | Ligue 1 | 6 | 0 | 1 | 0 | 2 | 0 | - | - | 9 | 0 |
2010–11 | 18 | 0 | 1 | 0 | 2 | 0 | - | - | 21 | 0 | ||
2011–12 | 13 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | - | - | 13 | 0 | ||
Qatar | Liga | Emir of Qatar Cup | Piala Liga | Asia | Jumlah | |||||||
2011–12 | Lekhwiya | Qatar Stars League | 10 | 5 | 0 | 0 | 0 | 0 | 6 | 1 | 16 | 6 |
2012–13 | 19 | 6 | 0 | 0 | 5 | 1 | 7 | 0 | 31 | 7 | ||
2013–14 | 24 | 12 | 1 | 0 | 7 | 2 | 9 | 2 | 41 | 16 | ||
2014–15 | 15 | 6 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 15 | 6 | ||
Jumlah keseluruhan | 105 | 29 | 3 | 0 | 16 | 3 | 22 | 3 | 146 | 35 |
Korea Selatan B23
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.