![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b3/RB_Leipzig_vs._FC_Liefering_%2528Testspiel_9._August_2016%2529_24.jpg/640px-RB_Leipzig_vs._FC_Liefering_%2528Testspiel_9._August_2016%2529_24.jpg&w=640&q=50)
Naby Keïta
Pemain bola sepak profesional Guinea / From Wikipedia, the free encyclopedia
Naby Laye Keïta (lahir 10 Februari 1995) merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan pasukan kebangsaan Guinea.
![]() Keïta bersama RB Leipzig pada tahun 2016 | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Naby Laye Keïta[1] | ||
Tarikh lahir | (1995-02-10) 10 Februari 1995 (umur 29)[2] | ||
Tempat lahir | Conakry, Guinea | ||
Ketinggian | 1.72 m (5 ka 8 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Liverpool | ||
Nombor | 8 | ||
Kerjaya remaja | |||
2004–2012 | Horoya | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2013–2014 | FC Istres | 23 | (4) |
2014–2016 | Red Bull Salzburg | 59 | (17) |
2016–2018 | RB Leipzig | 58 | (14) |
2018– | Liverpool | 43 | (4) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2013– | Guinea | 35 | (6) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:10, 27 Julai 2020 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:37, 14 November 2019 (UTC) |
Pada tahun 2013, Keïta memulakan karier profesionalnya bersama kelab Ligue 2, FC Istres. Setahun kemudian, beliau berpindah ke Red Bull Salzburg dengan mencapai gelaran Bundesliga Bola Sepak Austria dan Piala Austria pada musim kedua bersama kelab tersebut. Keïta menyertai RB Leipzig pada tahun 2016 dan kemudiannya menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool pada tahun 2017. Semasa berada di musim pertama bersama Liverpool, beliau telah memenangi Liga Juara-Juara UEFA 2018–19, Piala Kelab Dunia FIFA 2019, dan diikuti dengan gelaran Liga Perdana Inggeris 2019–20.
Keïta membuat penampilan antarabangsa pertamanya untuk Guinea pada tahun 2013. Beliau telah memperoleh lebih dari 30 penampilan (Kaps) dan merupakan sebahagian daripada skuad Guinea di Piala Negara-Negara Afrika pada tahun 2015 dan 2019.