From Wikipedia, the free encyclopedia
Tan Sri Murad bin Mohamed Noor (10 April 1930 – 22 Januari 2008) merupakan seorang ahli akademik Malaysia. Beliau ialah bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan diiktiraf sebagai tokoh pendidikan negara yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Jiwanya adalah jiwa seorang guru.
Beliau belajar di Universiti Malaya pada 1970-an. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Diploma dalam Pendidikan dari Universiti Malaya. Antara senior beliau di situ ialah Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.
Murad bin Mohd. Noor dilahirkan di Penaga, Seberang Perai, Pulau Pinang pada 10 April 1930.[1]
Beliau mempunyai dua isteri iaitu Puan Sri Azizah Aiyub Ghazali dan Maimunah Abdul Hamid. Ibunya bernama Che Kah Hashim dan mempunyai 7 orang anak termasuk beliau. Mempunyai 4 orang anak. Anak sulungnya Dr. Shanaz Murad. Pelakon Jit Murad juga anak beliau.
Adiknya Tan Sri Marzuki Mohamed Noor.[2] Beliau tinggal di Lorong Setia Bestari 1, Bukit Damansara, Selangor.
Beliau menjadi Ketua Pengarah Pelajaran (1976-1985) ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Antara program yang dilancarkan ialah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).
Laporan Murad pula bertujuan mencari punca keciciran pelajaran dan mengemukakan cadangan untuk dilaksanakan. Ketika itu beliau menjadi Pengarah Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran, Kementerian Pelajaran.
Tahun 1983 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi mengatasi masalah 3M[[[Wikipedia:Penjelasan|Penjelasan diperlukan]]].
Beliau turut memberi sumbangan bermakna dalam penyediaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Tan Sri Murad juga prihatin terhadap nasib sekolah agama rakyat. Beliau turut memberi beberapa cadangan bagi meningkatkan mutu pendidikan Sekolah Agama Rakyat. Kebanyakan sekolah agama rakyat telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran untuk dijadikan Sekolah Kebangsaan kerana keadaannya begitu daif.
Antara jawatan terakhir beliau ialah Pengerusi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Selepas bersara pada 1980-an, beliau menjadi pengerusi Majlis Universiti Universiti Sains Malaysia (USM).[3] Beliau juga pernah menjadi Naib Presiden Universiti Islam Antarabangsa dari 1992 hingga 1995.
Antara saranan dan pandangan beliau ialah:
Pada 1990, Allahyarham dianugerahkan Doktor Kehormat Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia.
Taman Penyelidikan di USM akan dinamakan sebagai Taman Penyelidikan Tan Sri Murad Mohamed Noor. Naib Canselor USM Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak menjelaskan bahawa pusat penyelidikan yang berhampiran Hotel Equatorial, Bukit Jambul , Pulau Pinang itu merupakan idea beliau. Taman itu seluas 12.4 hektar dan masih dalam perancangan.
Beliau meninggal dunia pada 22 Januari 2008 di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang, Selangor akibat jangkitan paru-paru. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Penaga, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Jenazah disembahyangkan di Masjid Damansara. Kemudian, jenazah dibawa ke Penaga dengan kereta jenazah Yayasan Al Bukhari.
Antara kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ketika itu, Tun Abdul Rahman Abbas, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff dan Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.