Kerajaan mutlak merupakan bentuk kerajaan yang unggul di mana seseorang penguasa yang raja atau ratu itu mempunyai kuasa penuh memerintah negaranya. Berbeza dengan sistem raja berperlembagaan iaitu Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan ini memainkan peranan kurang penting di dalam kerajaan monarki mutlak. Malah, di sesetengah negara seperti Arab Saudi dan Brunei, raja juga akan memegang jawatan Perdana Menteri.

Sejarah dan teori yang berkaitan

Doktrin Hak Ketuhanan Raja

Thumb
Raja Louis XIV dari Perancis. Walaupun memerintah secara kuku besi selama lebih 70 tahun, ramai sejarawan menganggapnya sebagai monarki mutlak yang berjaya

Teori monarki mutlak mula berkembang pada akhir Zaman Pertengahan bermula dari feudalisme di mana raja masih dianggap pertama di antara sedarjat first among equals dalam kalangan golongan bangsawan[1]. Penyokong monarki mutlak yang dikenali sebagai Absolutists menganjurkan doktrin Hak Ketuhanan Raja atau Divine Right of Kings untuk memberi justifikasi kepada kekuasaan raja. Antara raja yang telah campur tangan dalam hal agama termasuklah Raja Henry VIII dari England. Beliau telah berani menentang Paus Katolik di Rom dan mereka mazhab yang baru iaitu Gereja England[2]. Raja-raja yang mutlak ini mendakwa mereka hanya menjawab kepada Tuhan dan bukan kepada manusia yang lain terutamanya wakil rakyat di Parlimen[3]. Harta yang melimpah ruah disokong dengan bala tentera yang besar hanya memberi mereka lebih kuasa untuk meneguhkan doktrin ini. Mereka yang mendakwa sedemikian lazimnya memerintah dengan zalim. Salah satu contoh terbaik raja yang mendakwa hak ketuhanannya untuk memerintah adalah Raja Louis XIV dari Perancis.

Teori Hobbes mengenai Kedaulatan Raja

Menurut Hobbes dalam karyanya berjodol "Leviathan", manusia secara semula jadi masing-masing mempunyai hasrat atau nafsu (appetite) dan kebencian (aversions), yang menggerakkan tindakan mereka[4]. Salah satu nafsu manusia adalah keinginan berkuasa; akibatnya berlakulah pertembungan dan kacau-bilau seperti peperangan. Sebaliknya, manusia membenci perang kerana ia membawa banyak kesusahan. Oleh itu mereka mencipta keadaan buatan atau artificial. Caranya adalah masyarakat perlu bersepakat di antara mereka untuk melepaskan hak-hak mereka dan memindahkannya kepada beberapa orang atau lembaga yang berkuasa. Lembaga tersebut diberi kedaulatan untuk menjaga keselamatan rakyat (the safety of the people) [Hobbes: ms 376][5]. Oleh itu, Hobbes menganjurkan kedaulatan raja kerana tanpanya kehidupan manusia akan menjadi pendek, keseorangan, miskin dan mereka juga akan bersikap buruk seperti haiwan[6].

Era Despotisme pembaharuan

Sewaktu Zaman Pembaharuan atau Rennaisance, teori monarki mutlak disokong oleh ramai para falsafah Perancis sebagai satu bentuk enlightened despotism atau despotisme pembaharuan. Mereka berhujah bahawa seorang raja yang mempunyai kesedaran atau enlightened mampu memperkenalkan pembaharuan yang progresif di samping membendung feudalisme dan golongan paderi yang reaksionis. Teori ini semakin pudar selepas kejatuhan kerajaan Napoleon[7]..

Senarai Negara Raja Berkuasa Mutlak

De jure

Maklumat lanjut Kerajaan, Gambar ...
KerajaanGambarRajaSejakTempohPewarisanRuj
 Brunei ThumbKe bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien 4 Oktober 196756 tahun, 287 hariWarisan[8]
 Oman ThumbKe bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haitham bin Tariq Al Said 11 Januari 20204 tahun, 188 hariWarisan[9][10]
 Arab Saudi ThumbPenjaga Dua Kota Suci Raja Salman bin Abdul‘aziz 23 Januari 20159 tahun, 176 hariWarisan dan pemilihan[11]
 Eswatini ThumbDuli Yang Maha Mulia Raja Mswati III 25 April 198638 tahun, 83 hariWarisan dan pemilihan[12]
 Kota Vatikan ThumbYang Suci Paus Franciscus 13 Mac 201311 tahun, 126 hariPemilihan[13]
Tutup

Di Emiriah Arab Bersatu, Jordan dan Maghribi, rajanya mempunyai banyak kuasa tetapi tidak boleh dianggap sebagai monarki yang mutlak. Manakala di Liechtenstein, hampir dua-pertiga penduduknya yang berhak mengundi telah memberikan kuasa pembatal (veto) kepada ketua negaranya Putera Hans-Adam II.

De facto

Maklumat lanjut Kerajaan, Gambar ...
KerajaanGambarRajaSejakTempohPewarisanRuj
 Qatar ThumbYang Amat Mulia Amir Tamim bin Hamad 25 Jun 201311 tahun, 22 hariWarisan

Status Qatar
sebagai raja berperlembagaan[14][15]
dipertikai.

[16]
Tutup

Lihat juga

Nota dan rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.