Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Feudalisme (Perancis: féodalité , bahasa Inggeris: feudalism ) merujuk kepada sistem politik di Eropah pada Zaman Pertengahan antara abad-abad ke-9 ke 15 yang mengaturkan tanggungjawab undang-undang dan ketenteraan yang saling memerlukan antara tuan tanah,[nota 1] petani kebanyakan yang khadam bawah (vassallus)[nota 2] dan hak milik tanah dipinjamkan.[nota 3][2] Dengan kata lain, dalam sistem ini petani bekerja dan menjadi askar yang setia dalam tentera bangsawan yang mengurniakan tanah pertanian yang boleh diusahakan sebagai balasan.[3] Aturan ini bukan satu sistem politik formal pada zaman itu.[4]
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis. (Julai 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Pengungkapan ini mula dirakam pada abad ke-11 di Perancis menyerap kata Latin feodum terbitan Latin pecus "lembu" melalui bahasa Frank *fehu-ôd.[5][6] Istilah féodal mula digunakan persuratan undang-undang Perancis pada seawal 1614.[7][8] Istilah tepat feudalism dalam bahasa Inggeris mula diterangkan John Whitaker dalam buku The History of Manchester tahun 1771[9][10] sebelum akhirnya dikukuhkan dalam konteks bidang politik moden melalui ungkapan feudal government and feudal system diterapkan Adam Smith dalam The Wealth of Nations tahun 1776.[11]
Dalam feudalisme, kaum bangsawan dan vasal mempunyai hubungan setia yang bersifat peribadi dengan hak dan kewajiban tertentu pada sistem kontrak di antara mereka. Selain itu, kekuasaan politik bersifat terpusat dan peribadi kerana tidak dibahagikan secara merata melainkan dalam jumlah yang kecil terhad hanya kepada beberapa orang tertentu dengan sahaja. Hubungan sosial di antara kaum bangsawan dan vasal ditentukan oleh keberadaan tanah. Kaum bangsawan dan vasal mempertahankan status sosial dan kekuasaannya di bidang ekonomi dengan pemanfaatan tanah. Dalam feudalisme umumnya juga terbentuk suatu pasukan peribadi yang bertaraf elit.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.