Mikroskop
perkakas yang membolehkan pemerhatian benda seni yang tidak kelihatan oleh mata kasar / From Wikipedia, the free encyclopedia
Mikroskop (dari Bahasa Yunani Kuno: μικρόςcode: grc is deprecated , mikrós, "kecil" dan σκοπεῖνcode: grc is deprecated , skopeîn, "melihat" atau "lihat") adalah peralatan makmal yang digunakan untuk melihat objek yang terlalu kecil bagi mata kasar. Bidang sains yang menyiasat objek kecil menggunakan alat sedemikian dikenali sebagai mikroskopi. Mikroskopik bermakna tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali dengan bantuan mikroskop.
Kegunaan | Pemantauan sampel kecil |
---|---|
Uji kaji utama | Jumpaan sel |
Pencipta | Zacharias Janssen |
Item berkaitan | Mikroskop optik Mikroskop elektron |
Terdapat banyak jenis mikroskop. Yang paling biasa (dan yang pertama dicipta) adalah mikroskop optik, yang menggunakan cahaya pada imej sampel. Jenis utama mikroskop lain adalah mikroskop elektron (kedua-dua mikroskop pemancar elektron dan mikroskop pengimbasan elektron), ultramikroskop, dan pelbagai jenis mikroskop prob imbasan.
Pada 8 Oktober 2014, Hadiah Nobel dalam Kimia telah dianugerahkan kepada Eric Betzig, William Moerner dan Stefan Hell bagi "pembangunan penyelesai-super mikroskop pendarfluor," yang membawa "mikroskop optik ke dalam dimensi nano".[1][2]