![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/28/Michael_Moore_66%25C3%25A8me_Festival_de_Venise_%2528Mostra%2529_color.jpg/640px-Michael_Moore_66%25C3%25A8me_Festival_de_Venise_%2528Mostra%2529_color.jpg&w=640&q=50)
Michael Moore
From Wikipedia, the free encyclopedia
Michael Moore (lahir 23 April 1954) ialah seorang pembikin filem dokumentari dan penulis dari Amerika Syarikat.
Michael Moore | |
---|---|
![]() Moore semasa di Venezia pada September 2009 | |
Kelahiran | Michael Francis Moore (1954-04-23) 23 April 1954 (umur 70) |
Pusat pendidikan | Davison High School |
Pekerjaan | pembikin dan pelakon filem, penulis |
Tahun aktif | 1976–kini |
Kampung asal | Davison, Michigan, A.S. |
Pasangan | Kathleen Glynn (k. 1991; c. 2014) |
Laman web rasmi | michaelmoore |
Pengkaryaan beliau menumpukan kepada kesan dampak globalisasi dan kapitalisme terhadap masyarakat. Beliau turut menyentuh mengenai permasalahan laksanaan pentadbiran Presiden-Presiden negaranya dari Bill Clinton,[1] George W. Bush hinggalah ke Donald Trump[2] sama ada ia berkait ehwal dalam negara mahupun di luar (misalnya Perang Iraq laksanaan Bush).
Beliau memenangi Anugerah Akademi Dokumentari Terbaik untuk Bowling for Columbine menyentuh faktor budaya dan politik yang mendorong kepada Pembunuhan beramai-ramai Columbine. Beliau turut mendapat suatu pencalonandalam kategori sama untuk Sicko arahan bersama Meghan O'Hara. Pada tahun 2005, beliau disenaraikan antara 100 orang paling berpengaruh oleh pihak majalah Time.[3]